Monday, October 22, 2012

redah dalam redha

memandu dalam gelap malam bersama hujan lebat membuatkn aku terasa susah nak pandang jalan yg jadi kabur, dengan cahaya lampu yg menyilaukan. aku jadi terfikir, sebenarnya dah banyak dugaan yg kita lalui dlm hidup ni. tapi dugaan ujian tu bukan sentiasa. ia berkala. datang dan pergi. mcm hujan. datang nya tak kita duga. walaupun kita tau hujan tu boleh turun, dan mungkin turun. tapi kita tak tau bila dan banyak mana, waktu kita tengah buat apa, waktu kita dah sediakan payung ke tak, waktu kita ada tmpt berlindung ke tak. sbb ia antara rahsia Tuhan. kita merancang, kita bersedia tapi kita tak boleh mnghalang bila ia nk datang. mcmtu jgk dugaan dan ujian. hujan tu gambaran nya dalam sebuah kehidupan.

tiba2 aku berfikir, aku ada pilihan. boleh saja aku patah balik rumah dan tak perlu meneruskan perjalanan pulang ke shah alam. tapi utk meneruskan jalan kejayaan, aku harus ke shah alam. boleh saja aku patah balik dan bergerak ke shah alam esok pagi. tapi aku tak tau apa pulak dugaan utk esok pagi. mungkin saja hujan lebih lebat, mungkin jalan sesak, mungkin sakit perut, mungkin mengantuk teramat, mungkin macam2. kita merancang, Tuhan menentukan. jadi utk berjaya, kita perlu berani.
redah dalam redha. 

redha apa? redha siapa?

hmm... redha tu resipi utama dalam kehidupan. tanpa redha, hidup gelisah tak menentu. banyak perkara dalam hidup kita adalah pilihan yg perlukan critical judgement tentang mana yg baik, mana yg buruk. tapi Tuhan tu Maha Pemurah. Dia datang kan ujian dan pilihan bukan saja2. siap sekali package dgn manual & guidelines lagi. iaitu Al-Quran sunnah dan panduan syariat. hah, tak cukup lagi? nanti dulu. bukan tu saja, Tuhan kan Pemurah, dah siap package tu, Dia tambah lagi combo dgn akal fikiran yang sihat. jadi, dah cukup elok kot utk kita buat pilihan, kan? kan? ;)

apa kaitan hujan lebat, pilihan, redah, redha, dan package combo ni?
hmm.. jangan tak sedar. jangan consider semua tu in isolation. mmg kita selalu hadap mcm2 ujian, dan kita punya mcm2 pilihan, tapi sedarkah kita selama bertahun2 kita menumpang hidup dan menghirup udara Allah ni, adakah pilihan yang kita amik termasuk dalam redha Allah? sekecil2 ujian, sekecil2 pilihan, semua nya patut kita sandarkan demi mncari keredhaan Allah. baru lah hidup ni terasa indah dan mudah :) 

bukan kita tak tahu, tapi kita mmg selalu lupa. bila kita dalam susah, kita stress, kita lupa tujuan asal hidup, kita lupa mcmana cara terbaik dan pilihan terbaik dalam bnyak2 pilihan tu. ye, hidup mmg pilihan, cuma mati bukan pilihan. cuba sandarkan setiap apa yang kita lakukan pada mencari sumber keredhaan Tuhan. 

contoh paling mudah dan paling dekat, kita sentiasa ada pilihan utk tentukan pakaian kita, menutup atau mendedahkan aurat. tapi kita tak sepatutnya lupa, tubuh badan kita bukan sepenuhnya milik kita, ia hak dan amanah Tuhan utk uji sebaik mana kita uruskan amanah tu. nak keluar rumah, duduk depan cermin, tgk diri sndiri, tanya pada diri, adakah Allah redha aku pakai mcmni? nk tido 24 jam, melepak tak tentu arah, tnya dulu pada diri, adakah Allah redha aku habiskan masa yg dianugerahkan mcmni? nak mengutuk mengumpat, tnya pada diri, adakah Allah redha perbuatan aku atas mulut yg Dia pinjamkan. redha tu berpaksi pada suruhan dan larangan Allah, mmg panjang lah kalau kita nak ulas sebab musabab Allah jadikan pnduan suruhan dan larangan tu kan. apa yg pasti semua tu mmg ada hikmah dan kebaikan nya. yakin je pada Allah, insyaAllah semua akan selamat dan molek2 belaka. huhu

naahhh... chceklist sebelum keluar rumah :)
as for me, aku cuba mencari redha Ilahi dalam setiap yang aku lakukan. biarpun susah, susah tu sementara je, sbb susah tu di dunia. akhirat tu kekal, insyaAllah balasan yg baik tu berkekalan. aku mencari redha dalam setiap ujian yang menuntut aku mmbuat pilihan. pelbagai pilihan tentang kehidupan. tapi mati bukan pilihan, kerana itu ketentuan. aku tak boleh jamin waktu dan cara aku mati, tapi aku berharap aku mati dalam keadaan baik dan tak menyusahkan org serta tetap dalam redha Ilahi. hidup dan mati kerana Allah..

fuuuuu.. jauh aku berfikir, dah nak masuk tol rawang dah pun, tapi hujan lebat masih belum berhenti. tetibe ada sebuah kereta depan traffic light, tanak gerak walaupun lampu dah hijau. aku jadi pelik. kereta tu cuba masuk laluan sebelah, sedangkan aku tak nampak ada apa2 kayu, kotak, kucing, nasik lemak atau apa2 halangan kt depan kereta tu yg menyebabkan dia tak boleh kedepan dan 'terpaksa' masuk laluan sebelah. waktu tu aku rasa macam "whatt??.." errmmm, ok relax, adakah Allah redha kalau aku membebel tentang perilaku tah hape2 kereta tu? hmm, rasa nya kalau diamkan saja pun elok, bukan masalah besar sangat pun kan. bukan kan hidup lebih indah. relax sudah. hehehehe :)

dan melepasi tol rawang, aku pun meneruskan perjalanan yg agak perlahan dek kerana pandangan yg semakin kabur, mcm org tua. hohooo.. masuk highway guthrie, tetibe nampak jalan macam elok molek tak basah. eh, sini tak hujan la.. hebat kuasa Tuhan, dia yang mentadbir semua kejadian alam, di langit dan di bumi. 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. yang menciptakan mati dan hidup utk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun. 

No comments:

Post a Comment