Thursday, August 4, 2011

menelusuri terowong hijrah

okay hari ni bergosip sket. MasyaAllah!.. huhu.. hari ni terbaca beberapa topic dlm paper psl artis2 negara kita yg dah mula berubah, berhijrah ke cara hidup yg lebih baik. AL-MAWLID & IRMA HASMIE IBRAHIM.

AL-MAWLID

IRMA HASMIE IBRAHIM


beberapa lagi artis yg jgk dah berubah beberapa lama dulu.. macam WARDINA SAFIYYAH, AZMIL MUSTAPHA n beberapa lagi.
LOVELY BIG FAMILY OF KAK DINA :)
AZMIL MUSTAPHA

kdg2 perubahan org yg baru berhijrah ni lebih baik berbanding org biasa yg masih di takuk lama. too complacent without thinking of making a better improvement. pastinya kita tak pernah sempurna dan harus terus belajar.

Alhamdulillah, sungguh Allah Maha Kaya Maha Pengasih. di beri petunjuk di sulurkan hidayah buat hamba Nya yg berusaha, mencari dan terus belajar.. tiada apa yg mustahil dengan izin Nya. smoga semuanya berkekalan dalam istiqamah sekeping hati mencari kebenaran. smoga lebih ramai yg mengikut jejak n kita sama2 berhijrah demi Allah. berusaha utk memperbaiki dan terus memperbaiki. insyaAllah~

Wednesday, August 3, 2011

hadiah Ramadhan

few things that arise today that make me want to share something here..

ptg td mse brsiap nk ke masjid, sorng kawan bertanya.. "pernah tak rs ada somethng yg buat kita jd sgt down dan sgt susah utk bangkit?" of courseeee! slalu sgt rasa. the thing is dlm hidup mmg kita tak kan lepas dari buat silap. dan dgn rs kehambaan pada Tuhan, aku akui walau byk mana berdoa utk keampunan, aku masih rs hina atas silap aku sndiri. walau Tuhan Maha Pengampun, Maha Penyayang.. siapa lah aku. tak layak aku utk syurga Ilahi, tp tak snggup jgk aku nk mmbayangkan azab siksa neraka. azab kubur atas dunia pun dah cukup menakutkan. kalau boleh mmg aku nk sgt di beri peluang di lahirkan semula, nk rs hidup yg sempurna. tp itu tak mungkin. sbb hidup hanya sekali. kesyukuran pada sebuah kesedaran utk kembali ke jalan yg benar. Alhamdulillah.. yg penting, utk setiap kejatuhan tu harus kita bangkit walau seperit mana pun proses nya. tak kan dah jatuh nk biar jatuh lagi kn. seolah2 sudah jatuh di timpa tangga, dilenyek bulldozer, bertambah2 sakit derita nya. maka kita sndiri harus kuat utk melawan, berjihad demi kebaikan :)


maghrib: Alhamdulillah.. selesai puasa hari ke3 dlm bulan Ramadhan tahun ni. brbuka di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. hmmm.. tak tahu kenapa menitis air mata lepas solat maghrib. satu perasaan yg susah nk di gambarkan. teringt segala memori kt situ. sebuah masjid yg myaksikan tumpah air mata aku sejak lama dulu. tika jiwa kelam dlm dosa dunia, fikiran berkecamuk, hati yg kosong, di tanah itu tumpah nya titisan air mata. di rumah Allah itu. suatu roh yg mnyambut sorng insan yg hina ni utk kmbali ke pngkal jalan. utk berubah ke arah kebaikan. sumpah mmg sgt berat, but that is the price i should pay for taking life for granted, for all the wrongdoings that have been done.

Ramadhan kali ni sgt bermakna walau baru hari ke3. terasa rugi sgt mensiakan selama ni. tak kutip bonus Ramadhan sebaik mungkin before this. sgt jauh beza nya dgn Ramadhan tahun lepas. Ramadhan tahun ni di hadiahkan dgn sebuah perubahan, sebuah perkenalan, sebuah persahabatan, sebuah keluarga usrah. Alhamdulillah.. indah kan rahsia Allah. aku mungkin rasa beruntung sbb di beri peluang utk terus smbung blaja lagi.. aku mungkin gembira saat aku dpt offer tu. tp aku tak pernah trfikir apa yg akan aku peroleh selain dr belajar di kelas. tak trcapai dek akal tntng hadiah persahabatan ni dalam academic session kali ni. syukur aku dipertemukan dengan jalan ni. sungguh Allah Maha Mendengar doa hambaNya dan Alhamdulillah akhirnya di izinkan.

hidup kan perlu saling mmbantu. Dia takkan biarkan hambaNya bersendirian. once kita brusaha nk brubah, Allah akan bantu, insyaAllah.. di kirim kn teman2, org di sekeliling yg baik2 belaka utk bantu kita, utk ubah environment kita. itu pertolongan Allah melalui hamba2 Nya. seriously susah kalau nk bangkit sorng diri, susah kalau nk brubah sorng diri, tnpa bantuan. tidak mustahil, tapi susah. sungguh rahsia Allah tu sgt byk, trlalu dalam, trlalu sukar utk di teka. hanya Dia yg Maha Mengetahui.

andai ini Ramadhan terakhir utk aku, andai nyawa aku di tarik saat ini, cukup ke amal yg bakal di bawa sbg bekalan? andai nyawa aku berakhir di sini, layak ke aku nk mencium bau syurga kelak? agak2 layak tak nk rasa jmpe Lailatul Qadar ye? Ya Allah, bantulah aku, hamba Mu yg kerdil hina...

Monday, January 31, 2011

tiada manusia yg sempurna

"buah yg rosak, tak semestinye akar dia pun rosak, akar nye masih elok, dan masih boleh menghasilkan buah2 yg baik.
sama jugak mcm manusia, wlaupun dia jahat, hatinye tetap boleh di pelihara. sbb semuanya bermula drpd hati. hati ni adalah raja kpd tubuh, dan menguasai akal fikiran.."


tiada manusia yg sempurna - satu ungkapan 'cliche' yg biasa kita dengar..
ya..setiap org pasti melalui waktu susah dan senang nya..yg pastinya Allah menganugerahkan kita kekuatan utk menempuh segala ujian, dugaan dan cabaran tu. Allah tak pernah kejam. walau kite kdg kala melupakan, jauh dr Nya, tp Allah tetap sentiasa berada di sisi hambaNya. selagi dunia belum kiamat, selagi itu pintu taubat masih terbuka luas utk setiap hamba Allah yg sememangnya pasti pernah melakukan dosa. tak perlu kite pertikai kan "apelah dosa aku sehingga di uji sebegini?" mmg pasti manusia ade buat kesilapan. dan org yg paling beruntung adalah org yg sedar akan kesilapan nya dan bertaubat sebelum terlambat. sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

bersyukur dgn setiap ujian kerana di situ lah tanda Allah masih ingt pd kita, masih syg kn kita, masih mahu kite kembali pd Nya. bersyukur krana sebelum ajal menjemput dlm hidup yg singkat ni, kita pernah merasa keadilan Tuhan, kita merasa dekat padaNya, kita pernah terima kesedaran utk bertaubat, Alhamdulillah. dan bile bertemu jln buntu, balik la kepada Allah, pd panduan dan ajaran Islam..di situ petunjuk kita. usah ragu dgn takdir..


pengalaman sndri.. aku juga pernah melalui masa2 sukar, masa2 gelap. dan begitu sgt susah utk bangkit sndri dr kekalahan tu. bangkit mninggalkan satu keburukan utk ke arah kebaikan. mmg sgt susa. org lain tak kn mampu merasainye melainkn dia sndri berada n berhadapan dgn situasi tu. nak tak nak, khidupan kena di teruskan dan semestinya hari esok lebih baik dr hari ni :) aku bersyukur kerana proses kebangkitan tu aku lalui sorng diri. mmg susa, tp itu lebih baik drpd ada org lain yg cuba menjatuhkan aku. smangat aku belum cukup kuat waktu tu, so lbh baik bg aku bina kekuatan sndri utk cari blk diri aku. dan semestinya Allah tak pernah meninggalkan aku sorng diri. itu kekuatan utk aku terus kuat.

dan setelah beberapa tahun berlalu.. aku nmpk hikmahnya.. seorg yg juga senasib leih kurang macam aku, akhirnya sekarang dah jugak berubah ke arah yg lbh baik n i'm too happy for her! aku pun tak tau mcmane dia mngharungi kejatuhan tu utk bangkit blk tp aku percaya, sungguh ia sgt susah!. kite sama2 jatuh, sama2 temui jln, sama2 berjuang utk berhijrah. walau aku pergi dulu dan aku tak toleh kebelakang semula, Alhamdulillah aku jumpe dia dlm keadaan yg lbh baik. we are strong, dear! Alhamdulillah :)


walau jahat mana seseorg tu, selagi pintu taubat masih terbuka, selagi itu ada jln utk berubah. biar sejarah silap kite tak di terima org, asalkan taubat kite di terima Tuhan. Allah yg Maha Mengetahui setiap sesuatu, setiap yg berbisik dlm hati hamba2Nya. biar seburuk mana kesilapan yg pernah dilakukan, hati masih dpt dipelihara, di sinari nur hidayah dr Ilahi. sekali bertaubat, kita umpama bayi yg baru di lahirkan. suci dr noda dan dosa.. Allah yg menilai.tu kekuatan org Islam. jgn berlengah utk bertaubat sbb kite tak kan pernah tau takdir esok. tak kan pernah tau panjang pendek umur kita. maka leburlah dosa dgn taubat yg tulus, insyaAllah :)

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan sekiranaya Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami termasuk dari org2 yg rugi
(Surah Al-A'raaf : 23)

dan tiada manusia yg sempurna.. belajar la sentiasa memaafkan kesilapan org lain, dan bersangka baik kerana kite sendiri pun tak la sempurna mana, kan? ;)
so,treat people the way you want to be treated~

** kalah aku dalam kesetiaan. dan aku akan terus tersenyum biar dunia ni kejam, kerana senyuman itu kubu terbaik, bukan setakat pertahanan, tp senjata psyco yg sgt power. takde dosa gaduh, dpt pahala sedekah, dpt lembutkan hati sendiri & dpt patahkan pihak lawan.senjata semulajadi anugerah Ilahi :)