Saturday, October 6, 2012

di sebalik SITI HAJAR

hehehe.. tetibe title nak perasan nama menawan je. hahaha.. best apa nama tu kan? kan?? hehe.. mungkin ramai yg rasa mcm takde apa yg menarik pun pada nama 'Siti Hajar'.. nama yg simple, nama lama, tak canggih pun.. hehe.. aku pun penah trfikir mcmtu, masa kecik dulu la. tak matang lagi. tgk nama org lain, rs diri mcm alien je, apsal nama tak canggih pun? adik bradik lain pun nama sedap2 je. Qhadijah, Nuzul Zaheedah, Aqilah, Nur Mardhiah.. tetibe aku Siti Hajar, eh eh?

mak kata nama hajar tu sbb aku lahir masa musim raya haji, siti tu nenek yg bagi sbb semua cucu perempuan lahir, nenek akan panggil 'siti' tapi takde sape nk letak nama siti tu.. so mak pun letak la nama siti kt cucu nenek yg lahir kali ni. abah pulak dah tak kisah nak bagi nama sgt sbb dah semua anak perempuan je. mungkin abah dah habis idea dah kot time tu. hahahaa tak kisah la kan.

masa aku kecik dulu, errr takde la kecik sgt. tahap dah layak bukak bank account la. mak teman pegi buat maybank account, pakcik kt bank tu tgk nama penuh i, dia ckp "Siti Hajar Muslim.. sedapnya nama".. aku pandang mak time tu pelik je. biar betul pakcik ni? ape yg sedapnye? biasa je.. haha... time tu mak cuma ckp "mungkin kamu rasa biasa, tapi tu la kekuatan kamu. org pndang nama siti hajar tu suatu yg hebat. bukan mak abah yg pilih nama tu, tapi Allah yg bagi ilham utk letak nama tu utk kamu.." -- uhh.. mungkin betul kan ckp mak :)

bila dah besar, dah matang skit baru lah aku faham, dan aku sgt mnghargai nama siti hajar ni. ia bukan sekadar nama, tapi ia jugak antara contributing factor yg membantu masa aku jatuh teruk dulu. its part of my turning point. masa senang kita tak sedar, bila susah baru kita nk belajar dan hargai. well, itu lah kita manusia. bukan tak tau, tapi selalu terlupa. tgk dunia ni mcm hebat, smpai trlupa dunia ni persinggahan je, akhirat tu lagi super hebat. huuuuu... at that one turning point, i realized, mcmana teruk pun masa lalu yg penah aku tempuh, aku masih punya waktu dan peluang utk berubah. kerana hajar ertinya Hijrah.. lupakan kegelapan, hijrah demi kesempurnaan. ambil jugak pengajaran dari kisah pengorbanan dan perjuangan isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar yg cekal dan tabah.



pada kisah Kak Fara
ni antara perkongsian aku dgn kak fara satu masa dulu masa kak fara jugak baru temui turning point nya. alhamdulillah..
"haja pun pnah jgk lalui zaman gelap dark ages dulu. haha. haja bukan background baik sgt pun. rasa menyesal dah bazir kan bnyak usia muda utk bnda yg tak betul. akak nak tau, i found my strength within my name, SITI HAJAR.. wife of prophet Ibrahim a.s.. she's really strong, di tinggalkan sorng2 kt padang pasir dgn anak kecik, nabi Ismail, tapi dia mampu teruskan hidup malah boleh bangun kan tmpat tu jadi kota tumpuan. nama HAJAR jugak ertinya 'hijrah' jadi hajar mmg kene kuat utk brhijrah dr perkara yg buruk, kpd hidup ikut syariat. sorry la mcm bagi ceramah panjang lebar plak. hihii.. just a share of my experience. haja sentiasa doakan yg terbaik utk akak. ada apa2 masalah akak boleh share, at least it helps to release ur burden, perhaps"
kak fara sorng yg baik dan ceria.. zaman gelap? biasa lah, mana ada org tak penah lalu kan? tak payah cerita lah yg tu, yg penting kak fara dah ok sekarang, sbb dia tahu Allah tu Maha Adil dan Penyayang, Maha Pengampun. sekarang kak fara tgh berjuang dgn sakit. semoga kak fara terus kuat dan terus tabah, insyaAllah. btw, she has delivered a baby girl named - siti hajar. kak fara kata, dia bg nama tu sbb dia nak hajar kecik dia jd mcm hajar besar ni.. adeh, aku tau aku tak hebat mana pun, tapi ntah la apa yg kak fara fikir tentang aku. tapi aku tak kisah pun. lagipun mak kan penah kata, "nama tu mmg Allah dah tetapkan, parents tu hanya sebagai pengantara saje". so tak payah nak perasan sgt la eh haja. hahahaha..

No comments:

Post a Comment