Wednesday, October 24, 2012

my second own sewn baju kurung

hai hai.. hehe, aku rasa sangat teruja tengok hasil karya jahitan aku. wehee haruslah rasa terharu dan kagum dgn diri sndiri sbb tak percaya akhirnya terhasil jugak sepasang baju kurung buatan tangan aku sndiri. walaupun amik masa agak berbulan nk siapkan sepasang baju, kisah apa kan. orang baru belajar mmg la bertatih dulu. hehehe..

antara faktor susahnya proses nk menjahit ni ialah kerana kekangan masa. aku tak banyak cuti panjang, mak pulak kerja shift. so susah nak ada masa bersama yg boleh guna utk belajar jahit dari mak. mak mmg la pndai jahit, siap mak penah bukak kedai jahit dulu masa zaman aku skola rendah. tapi anak2 mak sorang pun takde yg pndai jahit. dari kecik aku try jugak jahit simple2 pakai tangan, takut woo nk guna mesin jahit sbb mesin tu run laju sangat je rasa. hmmmm mesin yg laju ke aku yg lembab? hahaha..

kesedaran aku mula datang utk belajar mnjahit bila mengenangkan kos upah jahit baju yg makin meningkat skang. blum masuk kos kain yg dah bermacam2 fesyen, bermacam2 gaya skang ni. mmg la tak di nafikan aku mmg tak pndai la kalau bab nk buat baju fesyen bagai2 tu. tapi at least kalau reti jahit baju kurung pun kira mcm dah besar rahmat la sbb aku mmg suka pakai baju kurung. so berguna jgk la hasilnya sbb tiap2 hari aku akan pakai baju kurung jugak. untung jimat la, hehehe..

first baju yg aku jahit warna hijau putih. aku beli kain tu sendiri kt kelantan masa ikut abah pegi kerja kt sana dua tahun lepas kot. abah kerja, aku merayap mnghabiskan duit, mmg bagus. hahaha.. tapi baju tu mcm tak brapa kemas sangat aku buat sbb first time kan, pakai buat ikut suka je. second time ni aku jahit kain yg aku beli sndiri jugak. beli kt bandung hujung tahun lepas. asalnya beli kain ni sbb kawan kirim, tp bila balik malaysia dia tanak pulak, mungkin design tak kena dgn pilihan dia kot. tp aku tak kisah, aku boleh je amik buat pakai sndiri, takde hal. so aku bawak balik kain tu dan belajar gunting dan mnjahit. hehehe.. first phase dalam proses ni ialah bersilat lepat menggunting kain.. aku main tekap plan guna baju yg sedia ada je. mudah dan berkesan, hehehe

bersilat lepat woo nk menggunting kain ni
dan setelah lebih kurang sebulan tertangguh sebab kekangan waktu, akhirnya siap jugak la baju kurung pahang aku ni. dah ok skit menjahit guna mesin tapi still blum mahir control mesin bila handle dgn kain yg agak licin. kain cotton ok lagi, dia tak gerak2 sangat. tapi aku buat part baju je la. part kain tu mak tolong buat sbb aku mengada request nak kain lipat depan tapi hampeh tak reti buat. daripada rupa jadi kain batik, adalah lebih baik aku outsource je kt mak. kehkehkeh..

tadaaa~ da siap pun! hoyeee :)
oh ye. selain baju, aku pernah blaja jahit langsir utk rumah kak iejah masa dia baru pindah dulu.. jahit langsir straight cut je, so aku berani la nk mencuba. tapi susah jugak la sbb langsir kain jenis licin tu, payah nak handle. asal tak kemas, tetas n jahit smula. tp takpe, aku nk jugak try jahit langsir tu sebagai karya buah tangan aku utk rumah kak iejah. cantik buruk tu belakang kira, orang baru belajar ni, jgn nk banyak songeh. hehe tapi Alhamdulillah nampak elok, smpai skang masih trgantung kt tingkap rumah dia. bangga kejap hahaha.. so kalau ada org nak tempah jahit kt aku lepas ni, aku amik tempah siap dlm masa 6 tahun la kot. wehehehee~ :p

No comments:

Post a Comment