Monday, October 22, 2012

redah dalam redha

memandu dalam gelap malam bersama hujan lebat membuatkn aku terasa susah nak pandang jalan yg jadi kabur, dengan cahaya lampu yg menyilaukan. aku jadi terfikir, sebenarnya dah banyak dugaan yg kita lalui dlm hidup ni. tapi dugaan ujian tu bukan sentiasa. ia berkala. datang dan pergi. mcm hujan. datang nya tak kita duga. walaupun kita tau hujan tu boleh turun, dan mungkin turun. tapi kita tak tau bila dan banyak mana, waktu kita tengah buat apa, waktu kita dah sediakan payung ke tak, waktu kita ada tmpt berlindung ke tak. sbb ia antara rahsia Tuhan. kita merancang, kita bersedia tapi kita tak boleh mnghalang bila ia nk datang. mcmtu jgk dugaan dan ujian. hujan tu gambaran nya dalam sebuah kehidupan.

tiba2 aku berfikir, aku ada pilihan. boleh saja aku patah balik rumah dan tak perlu meneruskan perjalanan pulang ke shah alam. tapi utk meneruskan jalan kejayaan, aku harus ke shah alam. boleh saja aku patah balik dan bergerak ke shah alam esok pagi. tapi aku tak tau apa pulak dugaan utk esok pagi. mungkin saja hujan lebih lebat, mungkin jalan sesak, mungkin sakit perut, mungkin mengantuk teramat, mungkin macam2. kita merancang, Tuhan menentukan. jadi utk berjaya, kita perlu berani.
redah dalam redha. 

redha apa? redha siapa?

hmm... redha tu resipi utama dalam kehidupan. tanpa redha, hidup gelisah tak menentu. banyak perkara dalam hidup kita adalah pilihan yg perlukan critical judgement tentang mana yg baik, mana yg buruk. tapi Tuhan tu Maha Pemurah. Dia datang kan ujian dan pilihan bukan saja2. siap sekali package dgn manual & guidelines lagi. iaitu Al-Quran sunnah dan panduan syariat. hah, tak cukup lagi? nanti dulu. bukan tu saja, Tuhan kan Pemurah, dah siap package tu, Dia tambah lagi combo dgn akal fikiran yang sihat. jadi, dah cukup elok kot utk kita buat pilihan, kan? kan? ;)

apa kaitan hujan lebat, pilihan, redah, redha, dan package combo ni?
hmm.. jangan tak sedar. jangan consider semua tu in isolation. mmg kita selalu hadap mcm2 ujian, dan kita punya mcm2 pilihan, tapi sedarkah kita selama bertahun2 kita menumpang hidup dan menghirup udara Allah ni, adakah pilihan yang kita amik termasuk dalam redha Allah? sekecil2 ujian, sekecil2 pilihan, semua nya patut kita sandarkan demi mncari keredhaan Allah. baru lah hidup ni terasa indah dan mudah :) 

bukan kita tak tahu, tapi kita mmg selalu lupa. bila kita dalam susah, kita stress, kita lupa tujuan asal hidup, kita lupa mcmana cara terbaik dan pilihan terbaik dalam bnyak2 pilihan tu. ye, hidup mmg pilihan, cuma mati bukan pilihan. cuba sandarkan setiap apa yang kita lakukan pada mencari sumber keredhaan Tuhan. 

contoh paling mudah dan paling dekat, kita sentiasa ada pilihan utk tentukan pakaian kita, menutup atau mendedahkan aurat. tapi kita tak sepatutnya lupa, tubuh badan kita bukan sepenuhnya milik kita, ia hak dan amanah Tuhan utk uji sebaik mana kita uruskan amanah tu. nak keluar rumah, duduk depan cermin, tgk diri sndiri, tanya pada diri, adakah Allah redha aku pakai mcmni? nk tido 24 jam, melepak tak tentu arah, tnya dulu pada diri, adakah Allah redha aku habiskan masa yg dianugerahkan mcmni? nak mengutuk mengumpat, tnya pada diri, adakah Allah redha perbuatan aku atas mulut yg Dia pinjamkan. redha tu berpaksi pada suruhan dan larangan Allah, mmg panjang lah kalau kita nak ulas sebab musabab Allah jadikan pnduan suruhan dan larangan tu kan. apa yg pasti semua tu mmg ada hikmah dan kebaikan nya. yakin je pada Allah, insyaAllah semua akan selamat dan molek2 belaka. huhu

naahhh... chceklist sebelum keluar rumah :)
as for me, aku cuba mencari redha Ilahi dalam setiap yang aku lakukan. biarpun susah, susah tu sementara je, sbb susah tu di dunia. akhirat tu kekal, insyaAllah balasan yg baik tu berkekalan. aku mencari redha dalam setiap ujian yang menuntut aku mmbuat pilihan. pelbagai pilihan tentang kehidupan. tapi mati bukan pilihan, kerana itu ketentuan. aku tak boleh jamin waktu dan cara aku mati, tapi aku berharap aku mati dalam keadaan baik dan tak menyusahkan org serta tetap dalam redha Ilahi. hidup dan mati kerana Allah..

fuuuuu.. jauh aku berfikir, dah nak masuk tol rawang dah pun, tapi hujan lebat masih belum berhenti. tetibe ada sebuah kereta depan traffic light, tanak gerak walaupun lampu dah hijau. aku jadi pelik. kereta tu cuba masuk laluan sebelah, sedangkan aku tak nampak ada apa2 kayu, kotak, kucing, nasik lemak atau apa2 halangan kt depan kereta tu yg menyebabkan dia tak boleh kedepan dan 'terpaksa' masuk laluan sebelah. waktu tu aku rasa macam "whatt??.." errmmm, ok relax, adakah Allah redha kalau aku membebel tentang perilaku tah hape2 kereta tu? hmm, rasa nya kalau diamkan saja pun elok, bukan masalah besar sangat pun kan. bukan kan hidup lebih indah. relax sudah. hehehehe :)

dan melepasi tol rawang, aku pun meneruskan perjalanan yg agak perlahan dek kerana pandangan yg semakin kabur, mcm org tua. hohooo.. masuk highway guthrie, tetibe nampak jalan macam elok molek tak basah. eh, sini tak hujan la.. hebat kuasa Tuhan, dia yang mentadbir semua kejadian alam, di langit dan di bumi. 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. yang menciptakan mati dan hidup utk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun. 

Saturday, October 6, 2012

di sebalik SITI HAJAR

hehehe.. tetibe title nak perasan nama menawan je. hahaha.. best apa nama tu kan? kan?? hehe.. mungkin ramai yg rasa mcm takde apa yg menarik pun pada nama 'Siti Hajar'.. nama yg simple, nama lama, tak canggih pun.. hehe.. aku pun penah trfikir mcmtu, masa kecik dulu la. tak matang lagi. tgk nama org lain, rs diri mcm alien je, apsal nama tak canggih pun? adik bradik lain pun nama sedap2 je. Qhadijah, Nuzul Zaheedah, Aqilah, Nur Mardhiah.. tetibe aku Siti Hajar, eh eh?

mak kata nama hajar tu sbb aku lahir masa musim raya haji, siti tu nenek yg bagi sbb semua cucu perempuan lahir, nenek akan panggil 'siti' tapi takde sape nk letak nama siti tu.. so mak pun letak la nama siti kt cucu nenek yg lahir kali ni. abah pulak dah tak kisah nak bagi nama sgt sbb dah semua anak perempuan je. mungkin abah dah habis idea dah kot time tu. hahahaa tak kisah la kan.

masa aku kecik dulu, errr takde la kecik sgt. tahap dah layak bukak bank account la. mak teman pegi buat maybank account, pakcik kt bank tu tgk nama penuh i, dia ckp "Siti Hajar Muslim.. sedapnya nama".. aku pandang mak time tu pelik je. biar betul pakcik ni? ape yg sedapnye? biasa je.. haha... time tu mak cuma ckp "mungkin kamu rasa biasa, tapi tu la kekuatan kamu. org pndang nama siti hajar tu suatu yg hebat. bukan mak abah yg pilih nama tu, tapi Allah yg bagi ilham utk letak nama tu utk kamu.." -- uhh.. mungkin betul kan ckp mak :)

bila dah besar, dah matang skit baru lah aku faham, dan aku sgt mnghargai nama siti hajar ni. ia bukan sekadar nama, tapi ia jugak antara contributing factor yg membantu masa aku jatuh teruk dulu. its part of my turning point. masa senang kita tak sedar, bila susah baru kita nk belajar dan hargai. well, itu lah kita manusia. bukan tak tau, tapi selalu terlupa. tgk dunia ni mcm hebat, smpai trlupa dunia ni persinggahan je, akhirat tu lagi super hebat. huuuuu... at that one turning point, i realized, mcmana teruk pun masa lalu yg penah aku tempuh, aku masih punya waktu dan peluang utk berubah. kerana hajar ertinya Hijrah.. lupakan kegelapan, hijrah demi kesempurnaan. ambil jugak pengajaran dari kisah pengorbanan dan perjuangan isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar yg cekal dan tabah.



pada kisah Kak Fara
ni antara perkongsian aku dgn kak fara satu masa dulu masa kak fara jugak baru temui turning point nya. alhamdulillah..
"haja pun pnah jgk lalui zaman gelap dark ages dulu. haha. haja bukan background baik sgt pun. rasa menyesal dah bazir kan bnyak usia muda utk bnda yg tak betul. akak nak tau, i found my strength within my name, SITI HAJAR.. wife of prophet Ibrahim a.s.. she's really strong, di tinggalkan sorng2 kt padang pasir dgn anak kecik, nabi Ismail, tapi dia mampu teruskan hidup malah boleh bangun kan tmpat tu jadi kota tumpuan. nama HAJAR jugak ertinya 'hijrah' jadi hajar mmg kene kuat utk brhijrah dr perkara yg buruk, kpd hidup ikut syariat. sorry la mcm bagi ceramah panjang lebar plak. hihii.. just a share of my experience. haja sentiasa doakan yg terbaik utk akak. ada apa2 masalah akak boleh share, at least it helps to release ur burden, perhaps"
kak fara sorng yg baik dan ceria.. zaman gelap? biasa lah, mana ada org tak penah lalu kan? tak payah cerita lah yg tu, yg penting kak fara dah ok sekarang, sbb dia tahu Allah tu Maha Adil dan Penyayang, Maha Pengampun. sekarang kak fara tgh berjuang dgn sakit. semoga kak fara terus kuat dan terus tabah, insyaAllah. btw, she has delivered a baby girl named - siti hajar. kak fara kata, dia bg nama tu sbb dia nak hajar kecik dia jd mcm hajar besar ni.. adeh, aku tau aku tak hebat mana pun, tapi ntah la apa yg kak fara fikir tentang aku. tapi aku tak kisah pun. lagipun mak kan penah kata, "nama tu mmg Allah dah tetapkan, parents tu hanya sebagai pengantara saje". so tak payah nak perasan sgt la eh haja. hahahaha..

Friday, September 28, 2012

cerita dua minggu

hai hai.. this may gonna be just a short one. takde niat pun nak tulis, cuma mcm bosan je. cari mood dulu sblum mula study. so kita bukak beberapa cerita sekitar seminggu dua ni.

last friday lepas habis class P5 aku terus pegi career fair kt mid valley. mood tak brapa baik sbb penat asyk kene reprint resume di sebabkan beberapa kesilapan teknikal. but its ok, redah je jalan sblum sesak org nk pegi solat jumaat. Alhamdulillah i managed to get there by 1230. so aku jalan2 kejap, jumpa kawan, solat zuhur, makan, dlm pukul 3 ptg bru start meronda kt career fair. hahaa.. lama gila intro jln2. smpai ptg, kaki dah letih, tekak da kering, so aku decide utk berehat dan minum2 dgn kwn. tgh minum2 baru aku realised that my resume still contained some technical mistakes, but this time its worse than before. teruk gila. aku dah submit like 8 resume kot by that time. huh.. tp aku mcm cool je la time tu sbb aku dah penat sgt, tak larat nk terkejut2 dah. so aku redha je la. lg pun bila difikirkan semula, aku tak minat sgt pun dgn job position offered kt career fair tu. aku minat nak buat audit je. mostly commercial company yg took part dlm career fair haritu bukak position utk accounting n finance, banking, bla3.. which are not of my interest. so takpe lah resume hancus pun. at least i learn something - make early preparation! then malam tu lepas solat maghrib baru aku gerak keluar dr mid, n since aku dah mcm longlai keletihan dan kelaparan, so aku malas dah nak balik rumah, jd aku just balik rumah kakak je, dekat sikit. hehe... nasib la ada org sudi menumpangkan. kikiki

saturday, aku balik rumah tetibe ada surat dari unit tatatertib pelajar. perbicaraan kerana kesalahan bwk kereta sem lepas punya kes. malas gila nak layan. rosak mood je. haishh.. so isnin kene la pegi mengadap ke kamar perbicaraan. ramai la pesalah2 lain jgk, semua mengaku je bersalah. malas nak panjang kan kes kan. lagipun mmg terang2an bersalah. masa tu kereta aku kene clamp pagi subuh last day exam. aku sedar pukul 11am, exam pukul 3pm.. so aku betul2 rush pegi office polis bantuan tu, minta dia bukak kn clamping sbb aku nk pegi exam, balik amik buku, terus pegi exam je la. balik exam terus pack barang semua bawak balik rumah. clear habis. hahaha.. efficient jugak aku buat kerja bila under pressure. so balik pada kes td, lepas perbicaraan, kami semua kene la denda seratus sorng. nasib baik proses perbicaraan habis cpt, pukul 10am aku dah boleh gerak pegi class P5. Alhamdulillah, di permudahkan urusan. bila aku fikir2 balik, actually this sem aku brhadapan dgn mcm2 pressure yg buatkan aku betul2 nak jadikan sem ni sem terakhir aku kt sini. thats the positive side of it i guess. so aku tak boleh main2 sgt la. kene buat betul2 sem ni n habiskan semua. next year boleh start kerja insyaAllah. smangat pulak rasa. hehe.. skang dah semangat baru best nak cari kerja. dulu masa habis degree takde perasaan langsung nak kerja. haha.. perhaps i've made the right choice in my life. tak perlu terkejar2 nak cari harta. as long as kita rasa happy, kenapa nak susahkan diri kan? hidup utk gembira. ada duit hati tak senang nak buat apa.

btw, monday haritu lepas settle perbicaraan, lepas habis class P5, dlm pukul 1230 mcmtu aku ada visit ke PwC dgn students P7 yg lain. mcm last sem, kteorg pegi EY kt damasara. so this sem kteorg pegi PwC pulak kt bangsar. hmmm.. kalau dulu aku mmg tak minat nak join big4, tak terfikir nak apply, tak semangat pun nak cari kerja. tp this time around, maybe aku rasa aku dah ready nak join work life since aku pun sedar aku takde la selama2 nya muda kan. so kene la cari kerja utk menyara kehidupan dan meneruskan tanggungjawab sebagai manusia di muka bumi. cewah cewah.. tetibe plak kan. hahahaha.. tapi betul la, kalau tak usaha ingat ada ke jongkong emas nak turun dari langit? ada? kalau ada dah lama org pasang net kt langit nak tadah jongkong emas. hihihihi.. actually, tetibe aku rasa aku dah jumpa starting point. aku dah ada different perception terhadap audit firm, particularly big4. i try to understand dlm hidup, kita tak boleh dpt semua bnda yg kita nak. as for me, aku rasa aku takde masalah pun sbnanye nk join assurance. aku mmg suka travel, i dont mind for not having a proper personal work station. aku boleh je kerja 'cowboy-style' gerak sana sini merata rata. i dont mind. in fact mmg aku suka pun. dan antara subject yg aku minat gila masa study pun mmg audit &assurance dan jugak law. so i dont see any problem to handle with that area. serasi sejiwa. keh3.. biarlah org kata kerja audit mcm gila, stay tido makan mandi semua kat office, tak boleh balik, bla3... aku tak kisah sangat. sementara muda, bukan ada anak nak jaga lagi pun. sementara masih ada tenaga dan semangat, apa salahnya kan. kita buat apa yg kita rasa happy as long as tak melanggar agama, adat budaya, undang2 dan hak asasi manusia. i am willing for it. so aku dah pun hantar resume ke PwC dgn berlapang dada dan bersenang hati. dari jiwa aku yg kosong pada audit firm sebelum ni, tetibe aku macam letak sepenuh jiwa raga dan pengharapan supaya aku dpt opportunity utk attend interview n get into the team. nak sangat.. nak sangattt.. hopefully, insyaAllah. semoga dipermudahkan jalan hidupku, dipermudahkan jalan kejayaanku.. :)

p/s: eerrrr... short ke? mcm pnjang jgk je post ni. ahahahaha.. :p

Wednesday, July 4, 2012

♥ family ♥

Assalamualaikum..

simple topic mcm karangan budak darjah satu. hehehe.. biasa lah, mcm org lain, aku pun ada sebuah family yg aku kira tak brapa besar kot brbanding org lain, tapi cukup utk kami, and i do love them so much!
in my family, of course ada my parents, five sisters including me, a brother-in-law, and a little cute nephew :)



Encik Muslim

ni abah. beliau agak pelik. haha.. kepelikan beliau adalah kerana beliau mmg sooo unpredictable. sometimes he doesnt like people making noise, doesnt like music out loud.. tapi sometimes dia jugak yg menyakat anak cucu smpai bising satu taman. haha.. imagine, kiteorg kalau naik kereta, balik kampung ke apa ke, radio tak boleh bukak, ok! alternative yg ada ialah pasang la mp3 dan earphone masing2 dan tido. hehehe.. tapi disebalik tu, kdg2 bila kiteorg keluar pegi jln2, tinggal abah sorang2 di rumah, bila kteorg pulang, rumah jadi macam panggung wayang/tmpat karaoke. sgt kuat abah pasang tv dan speaker laptop. haha.. pelik kan? jiwa dalaman yg sukar di mengertikan. one more thing, abah sgt suka nak buat semua benda sendiri. beliau sgt lah kuat agaknya. bertukang pun dia, berkebun pun dia, buat bilik tambahan pun dia, serba serbi dia lah. cuma tak masuk dapur je la. hal2 dapur order je. lain dari tu dia mmg tak suka nak panggil upah org, semua nak buat sndiri. dan hasil nye.. tak kisah la cantik ke tak, dia sorng yg puas hati pun takpe. hehehe.. minat dia yg sgt mndalam adalah trhadap pokok2 dan taman. gigih sungguh. abah selalu beli akar2 pokok or seeds from overseas via the internet. kdg2 bila dia outstation siap lah berkotak2 dia bawak balik penuh pokok2 je. dan biasa nya kebanyakan pokok yg dia beli ada yg tak tahan lama dan mati sbb tak sesuai dgn Malaysia yg beriklim panas. tapi dia tak pernah putus asa.. tetap gigih mencuba. rumah kteorg dah nmpak macam makmal penyelidikan tumbuh2an pun ada tau. hihihi

Puan Aziah

mak pun aku rasa sgt kuat dan gagah jgk mcm abah. mak mmg tak boleh langsung2 nak duduk diam punya. ada saje bnda yg dia nak buat. kalau anak2 balik rumah ramai2 kelentang-kelentung la dapur tu dgn pelbagai hasil yg akan mmbuat kan kteorg gemuk kerana berselera makan sampai kenyang dan tido! hahaha.. selain masak, mak pandai menjahit, walaupun takde sorng pun anak dara nya yg mewarisi bakat menjahit. huuuuu... ada masanya mak pun join abah berkebun tapi versi lain. abah dgn pokok2 bunga nya. mak pulak suka pokok yg mndatangkan hasil tani seperti ulam2an dan buah2an.. mak ada je macam2 kerja dia nak buat. kdg2 aku rasa mcm mak aku sgt superpower tau. tak penat2. aku yg tgk pun penat. kdg2 aku wonder jugak mcmana lah aku nak jadi kuat mcm mak. tu lah, mungkin dah terlebih manja kan generasi skang ni, lembik je jadinyaa~

Qhadijah   

this is my eldest sister. sudah berkahwin dgn Encik Mohd Akram dan ada seorang anak yg comel, Muhammad Rayyan Qalif. rayyan akan dpt sorng adik lagi, hujung tahun ni, insyaAllah.. :) kakak aku yg ni minat nya pada masakan, especially cakes and pastries. she loves baking so much. blueberry cheesecake lah, pavlova lah, carrot cake, choc moist, muffin, crab salted egg, lasagne, mcm2 lah. dan isian nya pada perut kami. waduh..waduh.. mmg senang perut, senang hati. bukti nya tgk saje la abg ipar aku, masa belajar kurus je sekeping, dah kawin nampak bahagia. hehehe.. and the cute little rayyan sgt bijak, selalu cherish our family. semua org sayang dia. maklumlah cucu sulung utk both family. manja pun lebih sikit la. rayyan sgt suka pada vehicles and transportation. segala benda yg beroda, especially yg big size mcm lorry, truck, aeroplane. cerita cars disney pixar tu dah 68 kali kot dia ulang tengok, tak penah nak jemu. tiap kali tgk pun muka excited teruja macam 1st time tgk. hahaha.. cubit karang budak tembam sorng neh!

Nuzul Zaheedah ✿ 

kakak kedua aku. minat dia pada hartanah, investment dan seumpamanya. pantang ada peluang nak saje dia invest. berbeza dgn qhadijah, kakak yg sorng ni paling tak suka masuk dapur. dia ni sgt suka berangan mcm diva dan dia suka tgk 'keeping up with the kardashians!'.. aku slalu kacau dia bila dia nak tgk kardashians sbb aku tak minat dan agak mnyampah dgn cite tu, nampak fake sangat. hehehe.. dia ni mcm anorexia sikit sbb dia sgt pemalas nak makan, katanya penat nak mengunyah makanan. dulu masa kecik aku dah suruh mak jahitkan zip kat perut dia, senang sikit nak sumbat makanan dlm perut. hahaha.. tapi sensitip lebih, pasal makanan pun boleh nak merajuk tau. hihii.. degil sikit dia ni, makan pun tanak, tu yg kejap2 sakit, kejap2 masuk hospital. nasib baik company tanggung bil. ahaha..

Siti Hajar ✿ 

aku pulak anak yg ketiga. masa kecik aku sgt rapat dgn abah, tapi bila dah besar tetibe jadi rapat dgn mak. nape ntah, heheee.. kesian abah dah takde geng. minat aku mcm biasa lah. aku suka aeroplane, aku suka masak jugak tapi yg simple2 la, tak sehebat mak or kak iejah. sekadar nak kenyang je. lagi satu minat aku ialah pada buku2 cerita. my favourite authors adalah ustaz hasrizal abdul jamil dan hlovate. deeply in love dgn karya2 mereka.. byk menjadi sumber inspirasi dan membuka mata aku pada erti kehidupan. 

Nur Aqilah

arwah adik aku ni meninggal masa baby. lepas lahir, arwah mmg duduk dlm incubator slama seminggu, lepas seminggu, keluar dr incubator, arwah pun meninggal.. waktu mak mengandungkan dia, mak demam panas. mungkin itu sbb nye arwah tak cukup sihat dan tak cukup bulan waktu dilahirkan. waktu tu aku baru 4 tahun, ntah la aku faham ke tak ape yg jadi waktu tu tapi mak kata aku yg paling beriya nangis smpai abg sepupu aku terpaksa pegang aku kuat2. mungkin aku tak faham kenapa adik yg baru lahir perlu di tinggalkan dlm tanah. bila dah besar aku dah faham dan aku redha. bukan jauh sgt pun. kita masih dihubungkan dgn doa. smpai masa kita pun menyusul juga, insyaAllah.. :)

Nur Mardhiah

so skarang aku hanya ada sorng adik ni je la yg tinggal. manja benor dia ni haaa..! since form1 duduk hostel, tapi every week mak nak kene dtg visit dia + harus mmbawa makanan2 yg di 'order'. haishhh.. mentang2 hostel dia kt kampung pandan, kl je. kalau takde org visit, sememeh la dia terlepek kat hostel tu. berkali2 call mak nnt tnya "betul ke mak tak boleh dtg weekend ni? betul ke?? alaaaa.." dia ni sama la sensitip nye macam kakak yg nombor 2 tu. pasal makan pun boleh menangis tau kalau lapar. hape laaa.. tapi one thing yg bagus nya pada dia ni ialah, kalau dia marah or merajuk tak lama pun.. beberapa jam lepas tu dia ok balik. hahaha.. tapi bagus la kan, nak gaduh apa la sangat pun sesama adik beradik je. kalau gaduh, dgn siapa lagi nak kawan kan? hihihi ;)

✿(¯`'•.¸ ✿¸.•'´¯)✿(¯`'•.¸✿ ¸.•'´¯)✿


hmm, overall aku rasa kteorg adik bradik muka semua lain2. nama pun semua jauh2.. dlm adik bradik, semua nama ada 'H' kt belakang, tapi aku sorng saje yg 'H' nye mula di depan. special kot sbb anak tgh. hehe.. ;p


Tuesday, July 3, 2012

Majlis Pernikahan Irma Hasmie Ibrahim & Redza Shah Azmeer Radzuan

Exclusive Pre Wedding Irma Hasmie Ibrahim & Redza Syah Azmeer Radzuan

biar mati anak, jangan mati adat

 

hoo..dah terlalu lame di fikirkan hal ni.. anak atau adat? mana lebih penting??

ada bermacam2 pendapat org bila di bukak topik ni..

kebanyakan org muda skarang tak dpt faham peribahasa org tua-tua 'biar mati anak, jangan mati adat'.. mungkin pada pendapat sesetengah org skarang, adat tu bukan la satu benda yg wajib pun nk kena ikut sbb adat tu di cipta oleh manusia, bukan nya perkara wajib yg dah ditetapkan.. peraturan manusia boleh di ubah oleh manusia sbb manusia jgk yg cipta.. huhu..ni la yg di kata hanya ciptaan Tuhan je yg kekal tak boleh di ubah kan. ape2 lah. mungkin sbnanye kita tak faham ape yang di fikirkan oleh org melayu lama. peribahasa tu dicipta bertahun2 yg lalu, terlalu lama.. pada pemikiran org melayu lama. maka utk di fahami maksud peribahasa tu, kita kena la tafsir ikut bahasa melayu lama baru kita boleh faham sbb org melayu lama pun tak kan faham kalau kite gunakan bahasa pasar skarang ke zaman lama dorng dulu kan.

masa zaman dulu, belum wujud undang2 dan akta utk di jadikan panduan dalam sistem perundangan, maka masa tu adat itu di anggap mcm kind of malay adat law..sbg garis panduan undang2 negeri. contoh mcm adat perpatih dan adat temenggung. semua tu di gunakan sbg garis panduan perundangan masa zaman tu. maksud biar mati anak, jangan mati adat yg di gunakan oleh org2 melayu lama adalah undang2 di jadikan panduan kehidupan mereka. tak kira kalau yg buat salah tu org berpangkat besar ke,anak sendiri ke, semua kene hukum..tu la maksudnya biar mati anak, jangan mati adat. walaupun yg buat salah tu anak, anak tetap kene hukum. takde pengecualian. baru la adil :)

tapi, ada juga beberapa pendapat moden yg kata disebabkan peribahasa 'biar mati anak, jangan mati adat ni' lah byk trjadinya kes buang baby. sebab nak selamatkan maruah si ibu yg dah trlanjur n nak selamatkan maruah adat yg dijunjung, sampai snggup buang baby utk tutup kesilapan. masih nak pertahankan perlu nya majlis kawin itu ini semua. sbb adat yg susah payah jgk ramai org trtangguh2 nak kawin muda. hantaran naik melambung2 mcm harga minyak petrol tanpa subsidi tanpa ceiling price control.. takut tak cukup duit, takut org kutuk. tapi pelik kan, kenapa org dulu2 tak buat peribahasa tentang tak elok nye couple bercinta tanpa nikah? hmmm... boleh di usulkan ni. hehe

tak kurang dgn tu, ada jugak org kata kalau dah anak di biarkan mati, siapa pulak yg nak mewarisi dan menjunjung adat? huehuehuee.. persoalan..persoalan.. sedikit sebanyak gaya pemikiran bila kita tengok dan nilai dari segenap sudut. jadi kesimpulannya.. hmm, nilaikan la mengikut relativism approach, which one give better result n greater happiness for all.