Saturday, October 27, 2012

tauhu sumbat goreng

tauhu sumbat goreng ni di inspirasikn oleh 'tauhu ting ting' masa aku berada di bandung tahun lepas. aku dan kakak mmg suka makan tauhu, jadi kami beli tauhu tu sebagai makanan sampingan. hasil dari usaha memperkenalkan tauhu sebagai antara makanan yg enak kepada kawan2 kakak yg ikut ke bandung tu, akhirnya mereka pun daripada tak suka tauhu, jadi makan jugak tauhu sumbat tu sbb mmg sedap. dan, siapa sangka.. keesokkan harini kami pegi semula ke area food court tu hanya semata2 mencari 'tauhu ting ting' dan ia mnjadi makanan utama kami malam tu. tak makan bnda lain dah, hanya tauhu. hehehe.. so bagi mengenang keenakan 'tauhu ting ting', aku try buat sndiri la kt rumah sempena bulan puasa baru ni.. and here's the simple recipe.. have a try!



bahan-bahan:
5 biji tauhu (belah dua)
3 ulas bawang putih, setengah biji bawang besar (tumbuk/cincang)
setengah bungkus ayam kisar
serbuk lada hitam & lada sulah
garam secukup rasa
daun sup (dipotong halus)
2 biji telur ayam (dipukul)
minyak utk gorengan

cara-cara:
1)   goreng tauhu yang dah dibelah dua tu dalam minyak panas. agak2 sampai dah separa masak. sejukkan dan keluarkan isi tauhu perlahan2, biar tinggal kelonsong kulit tauhu je. boleh korek isi nya dengan pisau atau sudu. mana2 yg selesa dan selamat lah
2)   tumiskan bawang putih n bawang besar yg dah di tumbuk/cincang dalam minyak. bila dah naik bau, masukkan ayam kisar tu. isi tauhu yg dah dikorek tadi boleh jugak di campurkan dalam gorengan ni bagi mengelakkan pembaziran, ikut suka. masukkan jugak garam, serbuk lada hitam n lada sulah secukupnya
3)   dah agak2 elok masak inti ayam kisar goreng tu, sumbat kn dalam kelonsong kulit tauhu yg dah dikorek kosong tadi, mampatkan supaya tak terburai
4)   celupkan belahan atas tauhu yg dah disumbat isi tu kedalam telur yang dah dipukul. tak perlu celup terlalu lama dan terlalu hebat sbb takut inti tu terburai dalam bancuhan telur. cukup sekadar jadi 'gam' utk sumbatan tu. then boleh la goreng smpai warna jadi cantik keemasan.
5)   dah siap, boleh makan dgn sos atau begitu saje.. jgn lupa baca Bismillah :)

No comments:

Post a Comment