antara faktor susahnya proses nk menjahit ni ialah kerana kekangan masa. aku tak banyak cuti panjang, mak pulak kerja shift. so susah nak ada masa bersama yg boleh guna utk belajar jahit dari mak. mak mmg la pndai jahit, siap mak penah bukak kedai jahit dulu masa zaman aku skola rendah. tapi anak2 mak sorang pun takde yg pndai jahit. dari kecik aku try jugak jahit simple2 pakai tangan, takut woo nk guna mesin jahit sbb mesin tu run laju sangat je rasa. hmmmm mesin yg laju ke aku yg lembab? hahaha..
kesedaran aku mula datang utk belajar mnjahit bila mengenangkan kos upah jahit baju yg makin meningkat skang. blum masuk kos kain yg dah bermacam2 fesyen, bermacam2 gaya skang ni. mmg la tak di nafikan aku mmg tak pndai la kalau bab nk buat baju fesyen bagai2 tu. tapi at least kalau reti jahit baju kurung pun kira mcm dah besar rahmat la sbb aku mmg suka pakai baju kurung. so berguna jgk la hasilnya sbb tiap2 hari aku akan pakai baju kurung jugak. untung jimat la, hehehe..
first baju yg aku jahit warna hijau putih. aku beli kain tu sendiri kt kelantan masa ikut abah pegi kerja kt sana dua tahun lepas kot. abah kerja, aku merayap mnghabiskan duit, mmg bagus. hahaha.. tapi baju tu mcm tak brapa kemas sangat aku buat sbb first time kan, pakai buat ikut suka je. second time ni aku jahit kain yg aku beli sndiri jugak. beli kt bandung hujung tahun lepas. asalnya beli kain ni sbb kawan kirim, tp bila balik malaysia dia tanak pulak, mungkin design tak kena dgn pilihan dia kot. tp aku tak kisah, aku boleh je amik buat pakai sndiri, takde hal. so aku bawak balik kain tu dan belajar gunting dan mnjahit. hehehe.. first phase dalam proses ni ialah bersilat lepat menggunting kain.. aku main tekap plan guna baju yg sedia ada je. mudah dan berkesan, hehehe
bersilat lepat woo nk menggunting kain ni |
tadaaa~ da siap pun! hoyeee :) |
No comments:
Post a Comment