Assalamualaikum,
setelah berkurun menyepi, terasa mcm nak buat come back kehkehkeh. bila cuba ingat balik, tak dpt recall apa tujuan asal blog ni. ayat dan cerita pun mcm entah hape2 cam bebudak je. so bila dah lama2 ni rasa mcm nak tulis balik, sekadar utk kenangan dan memori. mana tau dah pencen nanti takde kerja boleh baca2 balik. hahaha.
2017 baru berlalu, meninggalkan banyak kenangan yang sangat berharga. lahirnya seorang anak yang membawa seribu bahagia. segar lagi dalam ingatan ni setiap detik kelahiran nya. anak saya lahir cuma awal 2 hari daripada EDD yang doktor bagi. lebih kurang 2 minggu sebelum tu saya asyik stress nangis sebab tunggu baby tak keluar2. doktor kata kebanyakan ibu bersalin dalam 2 minggu awal daripada EDD. so bila lagi 2 minggu nak due baby tak keluar lagi dan takde tanda langsung, saya dah start gelabah tak tentu hala. dah macam meroyan sebelum bersalin pun ada, asyik nak nangis je. sebab badan penat pun sama. nak bawa perut dah semakin berat, sakit2 pinggang, tulang belakang, asyik nak pegi toilet tak sudah, yada yada. fizikal, emosi dan mental semua dah penat. tu yang jadi tak betul tu. dah la waktu tu bulan puasa, penat yakmat.
so petang tu husband balik awal sikit, dia kata tak payah masak sebab officemate dia ajak berbuka kt luar. dorang nak pegi restoran apa entah kat cyberjaya, tapi macam tak larat pulak jauh2 dari selayang nak ke cyberjaya, buat nya nak terberanak mana pulak nak cari hospital. sini dah book kt KPJ Tawakkal waktu tu. so tukar tempat pegi dekat2 je kat Traders Hotel, sebelah KLCC. buffet style waktu tu, memang makan dengan gembira, release stress sikit. padahal unnecessary stress je pun. hahaha.
ramai jugak la orang kat situ so kteorang makan dulu sementara tunggu surau clear nak pegi solat. lepas solat tu mcm penat pulak rasa, rehat kejap, alang2 tunggu lah isyak, senang nanti balik rumah boleh rehat terus. cemgitu la fikir nya. officemate husband pulak tunggu kteorang lama sangat, ingatkan dah terberanak kat surau. hahaha hampeh je. pastu kteorang sambung makan, sebabkan dah kenyang, saya makan ais krim je. habis semangkuk, ingat nak bangun tambah lagi semangkuk, tetiba tusssss….. rasa ada air mengalir celah kaki. air ketuban pecah. banyak. panas. tengok bawah, jernih. tak sakit, tapi memang banyak. basah habis satu kerusi. nak bangun pun tak berani. kteorang macam blur tapi macam gelabah pun ada, sebab doktor selalu pesan, kalau rasa contraction or turun darah, boleh relax dulu. tapi kalau air ketuban pecah, kena cepat2 pegi hospital. sebenarnya boleh je dalam sejam dua pegi hospital, tapi punya cuak waktu tu rasa macam dan2 tu kena terus zas zasss terjah hospital. dalam zas zasss tu sempat jugak husband sambar seketul dua sushi. Kalau saya tak turut gelabah waktu tu, mungkin boleh sambar semangkuk dua lagi ais krim. nyam nyammm!
disebabkan gelabah, kteorang terus la turun lift pegi ke lobby nak cepat2 masuk kereta vroom vrooomm pegi hospital. tak sempat nak amik gamba dah dgn member2 tadi tu. kat lift tu air tak berenti turun. sampai kat lobby, nampak air tu dah tak jernih. dah mcm coklat2. tak sure da bercampur darah ke apa. husband cepat2 pegi bayar parking ticket. pastu tu ada guard tengok kteorang yang blur dan gelabah tu, dia pun gelabah sama tengok ada air macam campur darah meleleh2, kawan dia datang tolong amik kunci kereta from husband, bawak mai kereta betul2 depan lobby tu. air memang banyak turun tak henti ya. nasib baik ada alas dalam kereta. alas tu actually baby changing mat baru beli. kebetulan sangat benda tu yang ada dalam kereta. boleh la buat alas, kalau tak habis la seat. so, korang kalau dah nak dekat due nanti, disamping siapkan beg hospital dalam kereta, jangan lupa standby alas jugak ya. letak la standby kotak ke apa ke yang korang rasa berguna boleh menampus air yang tak henti tuss tussss tu, kain tak digalakkan sbb mmg akan lencun.
bila fikir balik nasib baik lah dah siap2 solat isyak sebelum sambung makan tu. dan nasib baik jugak tak gigih sangat pegi sampai ke cyberjaya tu. memang baby nak keluar malam tu rupanya. rezeki kteorang lah, Traders Hotel dgn KPJ Tawakkal tak jauh pun. dalam 10-15minit sampai dah. hehehe.
✿ hAja ✿
Thursday, January 4, 2018
Sunday, February 1, 2015
January Vacation
disclaimer: entry ni akan penuh dgn gambar. experience susah nak cerita. kene pegi and rasai sendiri. gambar boleh share sbg teaser. hakhak :D
Melbourne, Australia
12th January 2015
just to radiate positive vibes and love above the sky. aku bagi bunga ni kat sorang stewardess mas warga korea yang serve meals and jaga line kteorg. dia senyum and terus peluk. kawan stewardess dia kata, "at once i thought people have forgotten about us". - terharu kejap dan terus pura2 sambung makan. hahaha. cheese cake mas sgt sedap! yumyummm~
13th January 2015
sampai melbourne international airport lebih kurang pukul 7 pagi keesokan hari nya. settle everything kt airport semua, transfer to hotel lebih kurang pukul 9. then kiteorg sgt letih, pengsan sampai pukul 12 lebih. hahaha. rasa rugi pulak dtg jauh2 tapi tido kt hotel. tapi letih dia mmg tak boleh cakap oh. just free and easy. oh btw, patut nya January is summer time in australia, tapi entah kenapa masa kteorg dtg, hari hujan n sgt sejuk. n we didnt bring any jacket. menggigil2 bak hang. angin dia takde sepoi2 dah. sejok ketaq2.
petang tu jalan2, terjumpa pulak deloitte, n hari2 seterusnya jumpa semua big4. haha takde keje.
14th January 2015
city tour by AAT Kings. pegi few places yg cantik2
The Conservatory, Fitzroy Gardens |
Shrine of Remembrance |
white roses |
15th January 2015
Queen Victoria Market
pagi2 pegi Queen Victoria Market dulu. cari barang2 nak bawak balik. sini boleh dapat mcm2 barang. buah, souvenir, tshirt, udang, ikan, kasut, beg, bulu kambing, eh mcm2 lah. semua hado.
nectarine, sgt sedap dan wangi~
then tghari gerak pegi Phillip Island, tgk kangaroo, koala, wallabies, cassowary, mcm2..
white kagaroo |
gamba google je lah. dah kat sana tak boleh amik gambar. hukhuk 16th January 2015
definisi summer di melbourne. sejuk mak aii...
pegi great ocean road. jauh nya mak aii. tido je lah dlm bas. dah nak sampai baru bangun tgk pemandangan cantik2. Great Ocean Road Loch Ard - from above Loch Ard - by the beach
17th January 2015
siap2 balik dah..
layan citer wolverine dalam flight.
beberapa ekor yg berjaya di tangkap bawak balik KL :) |
Friday, May 10, 2013
MALAYSIAN TSUNAMI!!
kawan
baik abah saya juga seorang cina. saya tidak nafikan dia seorang yang
baik, banyak gurauan nya terselit ilmu utk di fikirkan dan jadi
pengajaran.
pernah dia ceritakan kepada saya tentang kehidupan orang cina sewaktu kami berkunjung ke kawasan perumahan orang melayu yang agak susah. katanya, kaum bukan bumiputera tak dapat kelebihan macam orang melayu, sebab itu mereka perlu bekerja keras. bermula dari pembentukan keluarga, dia bertanya pada saya pernah kah saya terfikir kenapa kebanyakan keluarga orang cina punya anak yang tidak terlalu ramai. bukan lah mereka tak mahu, tapi mereka sedar kemampuan, mereka tak mahu sekadar punyai keluarga yang besar tapi tak mampu memberikan yg selayaknya dan secukupnya pada keluarga. pada mereka, aspek keperluan asas ahli keluarga seperti tempat tinggal, perlindungan, makanan, pakaian, dan pendidikan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa utk anak-anak. sekiranya tak mampu memberikan ini semua secukupnya, mereka adalah ibu bapa yang gagal. mereka sentiasa sedar bahawa mereka tidak punya kelebihan seperti kita melayu. bunyi nya seperti mereka di anak tiri kan di negara kelahiran sendiri. tapi mereka tidak menyalahkan kita, kerana mereka sedar dan mereka bangkit berusaha keras untuk mencukupkan keperluan dalam keadaan itu.
dia juga lah yang banyak tolong mak dan abah saya dalam banyak perkara, sering juga dia berkunjung ke rumah kami, kadang kala bersendiri, kadang kala bersama isteri. jarang sekali dia datang dengan tangan kosong, walaupun tidak kami minta, tapi padanya itu adap berkunjung. kadang kala ada juga nasihat yg diberinya tentang apa yg di rasakan nya tidak patut atau perlu diperbaiki, seperti adab, keluarga, pemakanan yg berkhasiat, cara hidup dan macam-macam. dan dia menghormati pegangan kita pada perkara yang haram dan halal, serta waktu-waktu solat.
pertama kali saya membantu dia menguruskan tapak pameran perniagaan nya, saya rasa kan ilmu saya kosong tentang itu. saya tak tahu apa-apa, dan tak tahu dari mana harus saya mula kan. tapi dia tidak pernah pandang sinis atau memerli saya. malah, dia banyak beri dorongan sebagai permulaan saya belajar dalam bidang baru. dan walaupun saya rasa saya tidak menyumbang banyak, dia tetap memuji dan memberikan hadiah, walaupun saya rasakan ianya tidak perlu tapi saya kira itu adalah sebagai cara dia supaya saya rasa dihargai dan memotivasikan penglibatan pertama saya.
kadang kala saya hairan kerana dia tidak berputus asa menasihati abah yg boleh dikatakan agak keras kepala. pernah saya mencuri-curi tanya padanya ketika abah tiada bersama kami, katanya memang abah agak keras kepala, tapi abah boleh fikir apa yang di nasihatkan. walau ada kala nya abah tak setuju dengan nya, tapi sekurang-kurangnya dia telah sampaikan apa yang patut. dan percangahan pendapat itu tidak lah menimbulkan kekusutan yang menegangkan persahabatan mereka. tidak rugi memberi nasihat.
begitu juga india. saya punya kenalan dan barisan para pendidik dari pelbagai kaum. dan saya sangat menghargai mereka yang tidak berkira memberikan ilmu pada saya dan rakan-rakan melayu yang lain sedangkan kami berlainan kaum dengan mereka. tidak pernah saya rasakan mereka sengaja menjatuhkan kami, malah mereka sangat gembira bila melihat kami berjaya.
saya sentiasa percaya jika kita melayan orang dengan baik, orang lain juga akan melayan kita dengan baik. Tuhan akan mengirimkan orang yang baik untuk mendampingi orang yang baik. kesimpulannya, dalam setiap kaum juga ada golongan yang baik dan ada golongan yang jahat. jadi kita perlu bersatu untuk menentang yang jahat. selagi kita berada di bumi, kita tak mampu hidup sendiri.
mungkin ada yang akan kata saya sibuk membela bangsa lain, saya tidak kuat semangat kemelayuan. tapi pada saya tiada gunanya ada semangat kemelayuan yang tinggi bagaikan pendekar tetapi ilmu agama tidak terjaga. Islam tidak pernah mengajar kita memperlekeh dan biadap dengan orang yg berlainan bangsa bahkan agama. haruslah kita sedar bahawa bangsa itu terlahir dari keturunan yang tidak dapat diubah. yang boleh diubah adalah sikap dan akhlak. bukan kah adat melayu juga penuh susila, jadi mengapa harus biadap kalau betul sekalipun kita perjuangkan semangat melayu? tiada apa yang perlu ditakutkan atau rasa terancam. kalau kita yakin pada Tuhan yang mengurniakan rezeki melimpah ruah, tidak perlu kita menyalahkan mereka atas kekayaan mereka yang melebih kita. kalau kita yakin pada kebolehan kita, kita juga boleh berusaha dan jadi maju seperti mereka.
fikirlah wahai BANGSA MALAYSIA! bukalah hati, lapanglah dada. kita tidak mahu bangsa Malaysia yang terus mati, tapi yang membangun bersama. bersatu hati menentang kejahatan dari segala penjuru dan terus berdaya maju. bersaing lah secara sihat, bukan menuding jari bila kita layu.
pernah dia ceritakan kepada saya tentang kehidupan orang cina sewaktu kami berkunjung ke kawasan perumahan orang melayu yang agak susah. katanya, kaum bukan bumiputera tak dapat kelebihan macam orang melayu, sebab itu mereka perlu bekerja keras. bermula dari pembentukan keluarga, dia bertanya pada saya pernah kah saya terfikir kenapa kebanyakan keluarga orang cina punya anak yang tidak terlalu ramai. bukan lah mereka tak mahu, tapi mereka sedar kemampuan, mereka tak mahu sekadar punyai keluarga yang besar tapi tak mampu memberikan yg selayaknya dan secukupnya pada keluarga. pada mereka, aspek keperluan asas ahli keluarga seperti tempat tinggal, perlindungan, makanan, pakaian, dan pendidikan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa utk anak-anak. sekiranya tak mampu memberikan ini semua secukupnya, mereka adalah ibu bapa yang gagal. mereka sentiasa sedar bahawa mereka tidak punya kelebihan seperti kita melayu. bunyi nya seperti mereka di anak tiri kan di negara kelahiran sendiri. tapi mereka tidak menyalahkan kita, kerana mereka sedar dan mereka bangkit berusaha keras untuk mencukupkan keperluan dalam keadaan itu.
dia juga lah yang banyak tolong mak dan abah saya dalam banyak perkara, sering juga dia berkunjung ke rumah kami, kadang kala bersendiri, kadang kala bersama isteri. jarang sekali dia datang dengan tangan kosong, walaupun tidak kami minta, tapi padanya itu adap berkunjung. kadang kala ada juga nasihat yg diberinya tentang apa yg di rasakan nya tidak patut atau perlu diperbaiki, seperti adab, keluarga, pemakanan yg berkhasiat, cara hidup dan macam-macam. dan dia menghormati pegangan kita pada perkara yang haram dan halal, serta waktu-waktu solat.
pertama kali saya membantu dia menguruskan tapak pameran perniagaan nya, saya rasa kan ilmu saya kosong tentang itu. saya tak tahu apa-apa, dan tak tahu dari mana harus saya mula kan. tapi dia tidak pernah pandang sinis atau memerli saya. malah, dia banyak beri dorongan sebagai permulaan saya belajar dalam bidang baru. dan walaupun saya rasa saya tidak menyumbang banyak, dia tetap memuji dan memberikan hadiah, walaupun saya rasakan ianya tidak perlu tapi saya kira itu adalah sebagai cara dia supaya saya rasa dihargai dan memotivasikan penglibatan pertama saya.
kadang kala saya hairan kerana dia tidak berputus asa menasihati abah yg boleh dikatakan agak keras kepala. pernah saya mencuri-curi tanya padanya ketika abah tiada bersama kami, katanya memang abah agak keras kepala, tapi abah boleh fikir apa yang di nasihatkan. walau ada kala nya abah tak setuju dengan nya, tapi sekurang-kurangnya dia telah sampaikan apa yang patut. dan percangahan pendapat itu tidak lah menimbulkan kekusutan yang menegangkan persahabatan mereka. tidak rugi memberi nasihat.
begitu juga india. saya punya kenalan dan barisan para pendidik dari pelbagai kaum. dan saya sangat menghargai mereka yang tidak berkira memberikan ilmu pada saya dan rakan-rakan melayu yang lain sedangkan kami berlainan kaum dengan mereka. tidak pernah saya rasakan mereka sengaja menjatuhkan kami, malah mereka sangat gembira bila melihat kami berjaya.
saya sentiasa percaya jika kita melayan orang dengan baik, orang lain juga akan melayan kita dengan baik. Tuhan akan mengirimkan orang yang baik untuk mendampingi orang yang baik. kesimpulannya, dalam setiap kaum juga ada golongan yang baik dan ada golongan yang jahat. jadi kita perlu bersatu untuk menentang yang jahat. selagi kita berada di bumi, kita tak mampu hidup sendiri.
mungkin ada yang akan kata saya sibuk membela bangsa lain, saya tidak kuat semangat kemelayuan. tapi pada saya tiada gunanya ada semangat kemelayuan yang tinggi bagaikan pendekar tetapi ilmu agama tidak terjaga. Islam tidak pernah mengajar kita memperlekeh dan biadap dengan orang yg berlainan bangsa bahkan agama. haruslah kita sedar bahawa bangsa itu terlahir dari keturunan yang tidak dapat diubah. yang boleh diubah adalah sikap dan akhlak. bukan kah adat melayu juga penuh susila, jadi mengapa harus biadap kalau betul sekalipun kita perjuangkan semangat melayu? tiada apa yang perlu ditakutkan atau rasa terancam. kalau kita yakin pada Tuhan yang mengurniakan rezeki melimpah ruah, tidak perlu kita menyalahkan mereka atas kekayaan mereka yang melebih kita. kalau kita yakin pada kebolehan kita, kita juga boleh berusaha dan jadi maju seperti mereka.
fikirlah wahai BANGSA MALAYSIA! bukalah hati, lapanglah dada. kita tidak mahu bangsa Malaysia yang terus mati, tapi yang membangun bersama. bersatu hati menentang kejahatan dari segala penjuru dan terus berdaya maju. bersaing lah secara sihat, bukan menuding jari bila kita layu.
unite fellow Malaysians!
haja - 哈佳 - ஹஜ்
mak, aunty, uncle yong, abah, uncle priasamy |
the beauty of Malaysians |
Wednesday, March 6, 2013
failure
"how many failure have you ever encountered in your life so far?"
Fail exam
masa undergraduates macam sangat rare lah kan kalau nak fail. slalu pass dgn jaya je. tp bila dah buat acca ni, mcm semput2 pulak nak pass. haishhh laa. separuh nyawa berusaha tanak fail, tapi apakan daya. sabo je lah. mula2 first semester, amik 'Corporate Governance & Ethics' (P1) & 'Corporate Reporting - International' (P2). aku rasa P2 was like killing me softly each day! its really tough, man. menjelang nak exam, aku ditugaskan oleh puan emak utk teman kakak aku ke Bandung. sanggup aku hangkut semua nota2 aku terbang sekali ke sana. member2 kata aku 'study leave di perantauan'.. cecewahh.. study kt airport, study kt dlm aeroplane. kenangan. tapi suatu yang tak terjangka, P2 aku pass, P1 pulak yang fail tetibe. tapi waktu tu aku tak rasa frust sgt, sbb aku terlalu bersyukur dgn lulus nya P2. at least aku tak terbunuh dgn paper yg gila membunuh tu. dan aku tak perlu susah payah repeat P2. so second semester aku repeat P1, and took another 2 new subjects, 'Business Analysis' (P3) and 'Advance Audit & Assurance' (P7). sadly, waktu tu majority of students failed both paper dgn jayanya. termasuk lah aku. aku pass P1, failed P3 and P7. apo nak buek, nanes2 la jugak. sedey wuu.. bertungkus lumus blaja, stay up, berkampung kt library, tapi fail. third sem, repeat lagi P3, P7 and took new subject 'Advance Performance Management' (P5). kali ni, pass P3, alhamdulillah. but failed P5 & P7. markah sipi2 nak lulus, tapi acca mmg takde nak consider la sedekah 2,3 bijik markah nk tolong bg lulus. harapan saje la. kali ni aku dah takde nak nangis2 dah. kata org, dah lali.. standard lah buat acca, mmg fail tu jadi mcm lauk dah. but despite of all those failure, i never regard myself as a loser. i know perfectly that every disappointment and demotivation will drive us to even bigger failure. there are so many people pass the paper with 50% marks, and so many people fail the paper with 49% marks. how can you actually differentiate the winner and the loser with just 1%? i don't think it's fair enough. maybe it's just a luck. aku salute senior2 yg dah repeat the same paper almost 10 times! gila tak. tak terjangkau dek akal ku mcmana begitu tabah nya mereka. but i strongly believed, someday, somehow, everyone will achieve success in different ways, so long as they put their effort in it. insyaAllah. never lose hope, keep faith!
Article: ACCA exam retakes: you never plan to fail an exam but what if it actually happens
Fail interview
ini lagi satu mcm 'wuwuwuuuuu T_T'. i got my very first job interview perfectly a month after my last exam paper. i really have no idea about any tips for job interview. and aku tak brapa nak ready jugak waktu tu. and yes, i failed the interview! mula2 aku rasa down jugak lah sbb rasa mcm aku telah melepaskan opportunity yg bukan senang nak dapat. tapi penasihat mohor besar aku ingatkan, itu bukan rezeki aku. dan mungkin aku akan hadapi masalah kemudian kalau pun aku berjaya dpt kerja tu, sbb Allah lebih tau apa yang sesuai utk aku. jadi, utk memperbetulkan keadaan, aku berusaha utk memperbaiki diri aku
Fail lesen memandu
hehe, kali pertama ujian memandu aku amik kt kl and aku fail kerana bukit, ceitt.. tapi satu benda yang aku belajar drpd cikgu memandu aku, katanya jpj sayangkan aku, dia taknak bagi lulus kalau aku mmg belum betul2 layak n boleh drive dgn selamat. huuuu... betul la jugak. second time aku amik kt shah alam, kali ni mmg aku practice betul2 smpai ke maghrib. sanggup bawak nota law lagi time tu sbb ada monthly test kt uitm. tapi berbaloi la. practice makes perfect, isn't it? oh wait. to be precise, practice makes permanent! yeah beware of what u are practicing. sekarang dah jadi pemandu competent yang berjaya. siap boleh makan nasik goreng sambil drive. hahaha.. perut haruslah di utamakan :p
Fail bercinta.. huhuhu
kahkahkah.. tetibe topik ni pun tanak ketinggalan. dushh! tapi topik ni takleh cite panjang2 sbb menyeksa jiwa raga dan sanubari, ecewah. dushhh skali lagi! mengada pulak kan tetibe. hahaha.. but one thing for sure, that was the best stepping stone for me. it made me become more mature. for how harsh live throw at you, you really need to be strong! Allah kan ade :)
after all, aku bersyukur dgn setiap kegagalan yang aku hadap, menjadikan aku lebih kuat setiap hari. lebih bersedia, tak perlu takut dengan risiko. risiko mmg bermain dgn probability. high risk high return, low risk low return. cuma kita kene ada plan how to handle the situation should the risk probability materialized. itu kunci kejayaan, yeah! at least dgn setiap kegagalan tu, aku akan jadi biasa dan tak perlu cepat melatah. kan? kann?? hehehe.. orang yang tak pernah hadap kegagalan, mungkin akan jadik sombong dan rasa diri nya yang terbaik. jgn mudah menganggap org yg gagal akan gagal selamanya, yg berjaya akan berjaya selamanya. dunia mungkin tak adil, tapi Allah tak pernah leka, tak pernah tak adil.
nobody likes failure, but it's really a best teacher. indeed!
Thursday, December 27, 2012
perihal study!
"kata org bkerja, kerja tu lagi payah dari blaja. kata org blaja, blaja tu stress exam n assignment. kata org menganggur, ohh bila la nak dapat kerja..."
aku belajar tak la hebat mana pun. tak meletup mana sangat. mcm yg aku penah cerita dulu, ada org kita nampak dia relax je, blaja sikit pastu main, tido. tapi result gempak je. ada org study macam dah nak gila tapi result biasa2 je. ada org lalu cabaran yg sama dgn cara yg berlainan. ada yg perlu usaha yg banyak, ada yg perlu usaha yg sikit. tapi mcmana pun, kita menuju penghujung yg sama. semua org nak berjaya. kalau kita tak mampu, kita usaha lebih, akhirnya kita akan berjaya sama mcm org yg usaha sikit. so mungkin aku ni tergolong dalam kategori yg sederhana. biasa lah, kdg2 pegi kelas, aku pun tak tau fikiran aku ntah melayang tembus ke mana ntah. nak fokus tu bukan satu yg mudah. fokus 5 minit, menerawang 10 minit. fokus balik 5 minit, menerawang lagi 15 minit. tmbah lagi kalau tgh letih, mengantuk or lapar, haishhh..!
kenangan pengorbanan belajar - punch kertas, punch jari skali. bagus! |
tapi bila aku smbung blaja buat acca ni, aku rasa kan sedikit perubahan dalam cara aku belajar. aku dah lebih menumpukan pada pembelajaran yg berkualiti. cewahh.. yelah kau, kalau still nak sama kan dengan dulu, susah la nak survive. benda makin lama, makin naik level, makin susah. kene usaha lebih. masa ni baru aku boleh menghadap buku dgn bersungguh2. kalau dulu masa degree banyak sangat group discussion, assignment, kerja2 luar itu ini sana sini. sekarang masa acca takde dah itu semua. mmg aku taruk diri aku kt ceruk library dari pagi smpai ke malam.
bila aku dah start tukar cara dan waktu belajar aku, secara tak langsung aku pun tukar cara tido, cara hidup aku. aku bangun seawal 3 atau 4 pagi. bangun solat, tahajjud, n study sementara tunggu subuh. bangun awal pagi sgt best sbb terasa sgt segar. study dlm suasana yang aman sbb org lain semua tido lagi. sunyi, sejuk, nyaman, damai! jadi kitaran hidup akan menukarkn body clock sbb dah guna tenaga seawal 4 pagi, jadi petang aku dah letih. balik makan, mandi, solat, dalam pukul 9 selalunya aku dah selamat tumbang atas katil. tido awal, bangun awal. talking about duration of time, its actually slightly the same, but talking about quality, it makes a huge different. mengisi hari, mengisi hati, mengisi jiwa. bangun awal, kita berpeluang buat tahajjud. aku akui dulu aku pun takde la mengejar tahajjud sangat, tapi hati aku agak terkesan daripada ayat 1-8 dari Surah Al-Muzzammil.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(1) wahai orang yang berselimut!. (2) bangunlah untuk solat Tahajjud pada waktu malam, kecuali sebahagian kecil. (3) iaitu separuh dari waktu malam, atau kurang sedikit dari separuh itu. (4) atau lebih dari seperdua itu, dan bacalah Al-Quran dengan tartil. (5) sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. (6) sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan. (7) sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan2 yang panjang. (8) dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepadaNya dengan sepenuh hati.
meja study persendirian
|
walaupun aku taruk diri kt ceruk library pagi smpai malam, tapi takde la lekat sangat pun. aku bukan nya robot. so kadang2 aku pegi keluar, amik angin jap, pegi makan, solat, main fb, kadang2 tido jugak sekejap2 kt meja library tu. hahahaha.. tapi takpe la. aku rasa puas hati sebab aku tau aku tak bazirkan masa tu sia2. apa yg aku buat, walaupun aku tido, adalah sebab aku nak dapatkn otak yg lebih segar lepas tu. menjelas study leave, pencerukkan diri aku di library akan di extend sehingga lewat malam. ada jgk masa nya aku dan kwn2 tido brmalam kt library. al maklum lah, library 24hours. hehee.. susun kerusi rapat2, tido la kt situ. subuh baru balik, mandi rehat kejap. lepas breakfast naik library smula. suasana pemandangan mcmni mmg biasa boleh tgk kt sekitar library bila menjelang exam. mmg ramai berkampung bermalam kt library tu. nasib baik admin library tak charge sewa tapak semalaman. kikikiii..
pencerukan diri di sudut library |
bila aku balik, biasa nya akan ada ayat2 lazim dari member yang berbunyi "waaaaa.. lambat balik, mesti dah banyak habis study kan? mesti dah terror ni!'' hahaha.. aku mmg berbulu sikit dgn ayat lazim ni. belajar mana pernah habis la. kalau aku cakap aku tido korng kata aku tipu pulak. lama2 aku jadi lali. suka hati korng la nak cakap apa. asalkan aku tau apa aku buat, asalkan Tuhan berkat, insyaAllah.
again, think from the bright side. sebenarnya kita tak perlu pun berdolak dalih dgn org mcmni bila kita diajukan soalan lazim begini. ni mainan psychology. samada belajar banyak ke belajar sikit ke tido ke. apa yg penting, kita dah usaha utk belajar. walaupun ada masanya mood kita swing tak berapa nak bagus, belajar tak mampu nak absorb terlalu banyak, but at least we've tried. so, ucapkan saja la syukur Alhamdulillah, setakat apa yg dah belajar harini. hari esok kita sambung belajar lagi.. kalau kita duk argue "eh mana ada, tak banyak pun la study. eh mana ada, tak study pun la tadi. eh mana ada, itu ini itu ini...." tak bersyukur, kang kalau Tuhan tak berkat, Dia tarik balik apa yg kita dah belajar tu, sia2 je.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu kufur (nikmat), maka pasti azabKu amatlah berat. (Surah Ibrahim, ayat 7)
Sunday, December 16, 2012
Batu Maloi Caving Expedition
Assalamualaikum, hai :)
yeay, da habis exam yeay!! so kita celebrate di Gua Batu Maloi. hahaha.. lepas gian selepas 6 tahun. first time aku datang masa aku form 5 dulu sebelum spm, pegi dgn cekgu. skang dah habis diploma, dah habis degree, dah habis exam acca, kini......
yeay, da habis exam yeay!! so kita celebrate di Gua Batu Maloi. hahaha.. lepas gian selepas 6 tahun. first time aku datang masa aku form 5 dulu sebelum spm, pegi dgn cekgu. skang dah habis diploma, dah habis degree, dah habis exam acca, kini......
"MALOI, AKU DATANG!!"
ceeewaaahhhh~ hahaha puiii sgt
ok, how should i start this? im so excited! fuhh.. one word to describe this place - AWESOME! seriously. kalau tak takkan aku nak dtg lagi kan. hehee.. ok, we start from here.
shah alam. 6.00am, 15dec2012 - pick up kawan2 yg masih di s.alam, gerak ke tampin. singgah sekejap kt r&r seremban to have some heavy breakfast. jumpa dgn 1 geng lagi kt sana. they are having their breakfast too. then after breakfast we proceed the journey until exit tol simpang ampat alor gajah. 830am, uncle nazri, the guider waited there to pick us up.
uncle nazri pick up kami di tol simpang ampat alor gajah |
lepas dah berkumpul semua kt situ, uncle nazri lead the way to our destination, Gua Batu Maloi. around 9am kteorg dah smpai kt situ. uncle nazri bg short briefing. cite sejarah skit sblum kteorg mulakan caving expedition. katanya tempat ni asalnya adalah gabungan daripada gua batu dan sebuah batu besar yg di namakan sbg batu maloi. gua batu tu bukan gua batu biasa. dia mcm timbunan bongkah batu besar2. air dari gunung dato, gunung tampin, gunung apa tah lagi area situ, akan merge dan mengalir dalam gua batu maloi ni, celah2 timbunan batu besar tu. so kita akan berjalan masuk, menyelit, menyelam, di celah batu2 dan air tu. the water is not just cold, its chill!
sesampainya kami di perkarangan tanah lapang depan gua batu maloi |
short briefing by uncle nazri |
barisan juru pandu yg byk berkorban. haha |
haaaa, mmg guna segala kaki tangan ketahanan fizikal mental semua. mmg basah lencun la. haru jgk la bila tiba2 ada member yg tercabut tapak kasut nye. mula2 kiteorg cuba la sedaya upaya, ikat kasut dan tapak tu dgn tali kasut, bertahan sekejap dan tercabut balik. kteorg balut 'mulut' kasut tu dgn glove, bertahan sekejap dan tercabut balik, betapa lah kuatnya arus air dlm tu. akhirnya dah mmg tak dpt selamat dah, wasalam je la kasut tu. hehehe.. nasib baik ada jurupandu yg baik hati korbankn kasut nya utk member tu. walaupun kasut tu agak besar, layan je la drpd takde lngsung kan. so jurupandu tu lah yg berkaki ayam. tapi takpe, dorng expert, steady! hehe.. ada jgk yg duk sarung kan stokin kat 'mulut' kasut. takut trcabut punya pasal. kasut pakai stokin. mcm2 fesyen kasut kt situ. hahaha.
tempat ni nama nya 'grand hall inside the cave'! |
landing sikitt.. |
dlm gua ni, ada 24 checkpoints. smpai hujung checkpoint ke 24, kita akan jumpa air terjun. air terjun tu mcm meraikan kejayaan kteorg la. so boleh enjoyyy~ mmg best. duduk bawah curahan air terjun yg punye deras tu mmg sedap la. mcm kene urut belakang badan yg dah sengal2 dek ekspedisi tu. mmg terbaik, kalah kerusi urut ogawa. hehe.. tapi insiden blum habis tau, smpai kt air terjun ada pulak yg jatuh cermin mata, kene pulak la mnyelam dlm air utk cari balik, nasib baik belum dibawa arus. dapat selamat, alhamdulillah..
end of the 24th checkpoint. terbaekk punyee! :D |
kepenatan, keletihan, tersadai dan hanyut. wohohoo :p |
habis main air kt situ, kteorg turun lalu jungle track pulak. sebelum smpai bawah, kteorg jumpa sebuah batu besar. batu tu la yg di namakan batu maloi. ada mitos disebalik cerita batu maloi ni. mitos disebalik nama maloi tu sendiri.
jalan pulang melalui jungle track |
batu maloi |
tarzan batu maloi :p |
mcm biasa, keluar masuk hutan tak heran la kalau kene gigit pacat kan. uncle nazri ajar kn satu ilmu yg agak berguna. cara utk hentikan darah kesan gigitan pacat tu. petua nya guna daun hutan jugak. ada yg panggil daun jepun, ada yg panggil daun kapal terbang. uncle nazri kata, daun ni berguna utk bantu hentikan darah drpd luka2 kecil, bukan stakat utk kesan pacat je. insyaAllah dlm masa beberapa minit, darah akan berhenti.
daun pokok kapal terbang @ pokok jepun |
habis turun tu, uncle nazri dah sediakan lunch utk kteorg. haaa yg ni gamba tak sempat snap sbb semua dah kelaparan tahap giga, baca doa, belasah terus smpai kenyang. hehehe.. lepas makan baru pakat tukar baju yg basah. dah agak bersih semua, kteorg minta uncle nazri tunjukkn jalan ke masjid utk solat. around 4pm, kteorg dah ready nk gerak balik kl.
selepas solat |
di perkarangan masjid |
Alhamdulillah, everything went smoothly. walaupun mula nya ada yg pegi dlm keadaan paksa rela, but at the end semua puas hati, semua seronok, mmg berbaloi. anyway, ekspedisi ni bukan semata2 suka2 je ye. ada bnda yg boleh kita belajar dari sini. semua peserta, lain2 background melalui cabaran rintangan yg sama sepanjang ekspedisi ni. tapi ada org melaluinya dgn mudah, ada yg lalu dgn susah payah. walaupun cabaran nya sama. mcm jugak kita belajar or bekerja. ada org kita nampak dia relax je, blaja sikit pastu main, tido. tapi result gempak je. ada org study macam dah nk gila tapi result biasa2 je. ada org lalu cabaran yg sama dgn cara yg berlainan. ada yg perlu usaha yg banyak, ada yg perlu usaha yg sikit. tapi mcmana pun, kita menuju penghujung yg sama. semua org nak berjaya. kalau kita tak mampu, kita usaha lebih, akhirnya kita akan berjaya sama mcm org yg usaha sikit. org yg usaha sikit pulak jgn sombong jgn riak, tunggu dan tolong org yg lemah. sbb kita tak selalu ada kt atas. ada part, ada masa nya org tu pun ada kelemahan kt tempat lain. so jgn berhenti berharap. Allah kan Maha Adil :)
"dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)" [Surah Al-Mu'minum, ayat 62]experience ni susah nk cerita dgn kata2. dia kene pegi dan rasa sendiri, baru tau best ke tak. insyaAllah mmg best tau, seriously. kteorg nak pegi lagiiiii!!! wohoooo~
Labels:
ekspedisi,
guabatumaloi,
negerisembilan,
outdoor,
riadah
Subscribe to:
Posts (Atom)