Thursday, December 27, 2012

perihal study!

"kata org bkerja, kerja tu lagi payah dari blaja. kata org blaja, blaja tu stress exam n assignment. kata org menganggur, ohh bila la nak dapat kerja..."

aku belajar tak la hebat mana pun. tak meletup mana sangat. mcm yg aku penah cerita dulu, ada org kita nampak dia relax je, blaja sikit pastu main, tido. tapi result gempak je. ada org study macam dah nak gila tapi result biasa2 je. ada org lalu cabaran yg sama dgn cara yg berlainan. ada yg perlu usaha yg banyak, ada yg perlu usaha yg sikit. tapi mcmana pun, kita menuju penghujung yg sama. semua org nak berjaya. kalau kita tak mampu, kita usaha lebih, akhirnya kita akan berjaya sama mcm org yg usaha sikit. so mungkin aku ni tergolong dalam kategori yg sederhana. biasa lah, kdg2 pegi kelas, aku pun tak tau fikiran aku ntah melayang tembus ke mana ntah. nak fokus tu bukan satu yg mudah. fokus 5 minit, menerawang 10 minit. fokus balik 5 minit, menerawang lagi 15 minit. tmbah lagi kalau tgh letih, mengantuk or lapar, haishhh..!
kenangan  pengorbanan belajar -
punch kertas, punch jari skali. bagus!

tapi bila aku smbung blaja buat acca ni, aku rasa kan sedikit perubahan dalam cara aku belajar. aku dah lebih menumpukan pada pembelajaran yg berkualiti. cewahh.. yelah kau, kalau still nak sama kan dengan dulu, susah la nak survive. benda makin lama, makin naik level, makin susah. kene usaha lebih. masa ni baru aku boleh menghadap buku dgn bersungguh2. kalau dulu masa degree banyak sangat group discussion, assignment, kerja2 luar itu ini sana sini. sekarang masa acca takde dah itu semua. mmg aku taruk diri aku kt ceruk library dari pagi smpai ke malam.

bila aku dah start tukar cara dan waktu belajar aku, secara tak langsung aku pun tukar cara tido, cara hidup aku. aku bangun seawal 3 atau 4 pagi. bangun solat, tahajjud, n study sementara tunggu subuh. bangun awal pagi sgt best sbb terasa sgt segar. study dlm suasana yang aman sbb org lain semua tido lagi. sunyi, sejuk, nyaman, damai! jadi kitaran hidup akan menukarkn body clock sbb dah guna tenaga seawal 4 pagi, jadi petang aku dah letih. balik makan, mandi, solat, dalam pukul 9 selalunya aku dah selamat tumbang atas katil. tido awal, bangun awal. talking about duration of time, its actually slightly the same, but talking about quality, it makes a huge different. mengisi hari, mengisi hati, mengisi jiwa. bangun awal, kita berpeluang buat tahajjud. aku akui dulu aku pun takde la mengejar tahajjud sangat, tapi hati aku agak terkesan daripada ayat 1-8 dari Surah Al-Muzzammil.

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(1) wahai orang yang berselimut!. (2) bangunlah untuk solat Tahajjud pada waktu malam, kecuali sebahagian kecil. (3) iaitu separuh dari waktu malam, atau kurang sedikit dari separuh itu. (4) atau lebih dari seperdua itu, dan bacalah Al-Quran dengan tartil. (5) sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. (6) sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan. (7) sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan2 yang panjang. (8) dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepadaNya dengan sepenuh hati.

meja study persendirian

exam mode switched on!
terabur semua bnda. terpaksa menyelam nak cari barang
aku mmg suka study kt library sbb kt situ sejuk sikit, selesa nak study. kt bilik panas ketung amat. kira nya library tu aku boleh bagi taraf 4stars la. tapi sekarang kurang sikit sbb restriction terhadap penyeludupan makanan bertambah ketat. so mcm boring pulak study takde makanan. huhuuu.. but think from the bright side, ia mungkin boleh bantu mengurangkan kadar pengembungan pipi dan perut aku. sigh!

walaupun aku taruk diri kt ceruk library pagi smpai malam, tapi takde la lekat sangat pun. aku bukan nya robot. so kadang2 aku pegi keluar, amik angin jap, pegi makan, solat, main fb, kadang2 tido jugak sekejap2 kt meja library tu. hahahaha.. tapi takpe la. aku rasa puas hati sebab aku tau aku tak bazirkan masa tu sia2. apa yg aku buat, walaupun aku tido, adalah sebab aku nak dapatkn otak yg lebih segar lepas tu. menjelas study leave, pencerukkan diri aku di library akan di extend sehingga lewat malam. ada jgk masa nya aku dan kwn2 tido brmalam kt library. al maklum lah, library 24hours. hehee.. susun kerusi rapat2, tido la kt situ. subuh baru balik, mandi rehat kejap. lepas breakfast naik library smula. suasana pemandangan mcmni mmg biasa boleh tgk kt sekitar library bila menjelang exam. mmg ramai berkampung bermalam kt library tu. nasib baik admin library tak charge sewa tapak semalaman. kikikiii..

pencerukan diri di sudut library

bila aku balik, biasa nya akan ada ayat2 lazim dari member yang berbunyi "waaaaa.. lambat balik, mesti dah banyak habis study kan? mesti dah terror ni!'' hahaha.. aku mmg berbulu sikit dgn ayat lazim ni. belajar mana pernah habis la. kalau aku cakap aku tido korng kata aku tipu pulak. lama2 aku jadi lali. suka hati korng la nak cakap apa. asalkan aku tau apa aku buat, asalkan Tuhan berkat, insyaAllah.

again, think from the bright side. sebenarnya kita tak perlu pun berdolak dalih dgn org mcmni bila kita diajukan soalan lazim begini. ni mainan psychology. samada belajar banyak ke belajar sikit ke tido ke. apa yg penting, kita dah usaha utk belajar. walaupun ada masanya mood kita swing tak berapa nak bagus, belajar tak mampu nak absorb terlalu banyak, but at least we've tried. so, ucapkan saja la syukur Alhamdulillah, setakat apa yg dah belajar harini. hari esok kita sambung belajar lagi.. kalau kita duk argue "eh mana ada, tak banyak pun la study. eh mana ada, tak study pun la tadi. eh mana ada, itu ini itu ini...." tak bersyukur, kang kalau Tuhan tak berkat, Dia tarik balik apa yg kita dah belajar tu, sia2 je.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu kufur (nikmat), maka pasti azabKu amatlah berat.                        (Surah Ibrahim, ayat 7) 

5 comments:

  1. rindu pulak zaman berkampung dekat ptar, hekkk hekk

    haja, sekarang staff ptar cek beg ke? penah kantoi ke haja bawak masuk makanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha N lagi dasyat pencerukan nya. kte ingt lagi nampak muka n nak balik dr library waktu malam masa 1st sem. muka macam nk memuntahkan segala dah. kahkahkahkahkah!

      skang dorng aktif cek beg wktu malam je. kwn kte penah kantoi sbb bwk masuk chipsmore kte dr locker kt luar. pakcik staff tu tegur "dik, ni makanan je dlm beg ni, buku nya mana?" hahahahaha

      Delete
  2. Sem 1 je n nerd sket sbb nak cuti kawen dgn tenangnya. Tu pulun awal2 Kahhkahhhkahhhh :p

    amboi mentang2 malam xramai student keluar masuk ptar, time tu la dia nak buat spot check eh.

    "pakcik, buku xde, chipsmore ni dah makan" HAHA

    agak2 jawab mcm ni kena lempang tak? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. chipsmore skjap ada skjap takde. hehe.. kwn kite pegi letak balik chipsmore tu dlm loker, pastu dia amik nota kite buat cover line. pastu masuk ptar sengih2 mcm kerang. hahaha

      Delete
  3. Assalamualaikum. Saya pelajar yang amat berkeinginan untuk mendapatkan sijil ACCA. Namun terdapat byk perkara yang saya tidak mengetahui. Jika kak tidak keberatan, mohon tunjuk ajar. Saya amat2 memerlukan bantuan.

    ReplyDelete