Thursday, January 4, 2018

kemunculan yang dinantikan

Assalamualaikum,

setelah berkurun menyepi, terasa mcm nak buat come back kehkehkeh. bila cuba ingat balik, tak dpt recall apa tujuan asal blog ni. ayat dan cerita pun mcm entah hape2 cam bebudak je. so bila dah lama2 ni rasa mcm nak tulis balik, sekadar utk kenangan dan memori. mana tau dah pencen nanti takde kerja boleh baca2 balik. hahaha.

2017 baru berlalu, meninggalkan banyak kenangan yang sangat berharga. lahirnya seorang anak yang membawa seribu bahagia. segar lagi dalam ingatan ni setiap detik kelahiran nya. anak saya lahir cuma awal 2 hari daripada EDD yang doktor bagi. lebih kurang 2 minggu sebelum tu saya asyik stress nangis sebab tunggu baby tak keluar2. doktor kata kebanyakan ibu bersalin dalam 2 minggu awal daripada EDD. so bila lagi 2 minggu nak due baby tak keluar lagi dan takde tanda langsung, saya dah start gelabah tak tentu hala. dah macam meroyan sebelum bersalin pun ada, asyik nak nangis je. sebab badan penat pun sama. nak bawa perut dah semakin berat, sakit2 pinggang, tulang belakang, asyik nak pegi toilet tak sudah, yada yada. fizikal, emosi dan mental semua dah penat. tu yang jadi tak betul tu. dah la waktu tu bulan puasa, penat yakmat.

so petang tu husband balik awal sikit, dia kata tak payah masak sebab officemate dia ajak berbuka kt luar. dorang nak pegi restoran apa entah kat cyberjaya, tapi macam tak larat pulak jauh2 dari selayang nak ke cyberjaya, buat nya nak terberanak mana pulak nak cari hospital. sini dah book kt KPJ Tawakkal waktu tu. so tukar tempat pegi dekat2 je kat Traders Hotel, sebelah KLCC. buffet style waktu tu, memang makan dengan gembira, release stress sikit. padahal unnecessary stress je pun. hahaha.

ramai jugak la orang kat situ so kteorang makan dulu sementara tunggu surau clear nak pegi solat. lepas solat tu mcm penat pulak rasa, rehat kejap, alang2 tunggu lah isyak, senang nanti balik rumah boleh rehat terus. cemgitu la fikir nya. officemate husband pulak tunggu kteorang lama sangat, ingatkan dah terberanak kat surau. hahaha hampeh je. pastu kteorang sambung makan, sebabkan dah kenyang, saya makan ais krim je. habis semangkuk, ingat nak bangun tambah lagi semangkuk, tetiba tusssss….. rasa ada air mengalir celah kaki. air ketuban pecah. banyak. panas. tengok bawah, jernih. tak sakit, tapi memang banyak. basah habis satu kerusi. nak bangun pun tak berani. kteorang macam blur tapi macam gelabah pun ada, sebab doktor selalu pesan, kalau rasa contraction or turun darah, boleh relax dulu. tapi kalau air ketuban pecah, kena cepat2 pegi hospital. sebenarnya boleh je dalam sejam dua pegi hospital, tapi punya cuak waktu tu rasa macam dan2 tu kena terus zas zasss terjah hospital. dalam zas zasss tu sempat jugak husband sambar seketul dua sushi. Kalau saya tak turut gelabah waktu tu, mungkin boleh sambar semangkuk dua lagi ais krim. nyam nyammm!

disebabkan gelabah, kteorang terus la turun lift pegi ke lobby nak cepat2 masuk kereta vroom vrooomm pegi hospital. tak sempat nak amik gamba dah dgn member2 tadi tu. kat lift tu air tak berenti turun. sampai kat lobby, nampak air tu dah tak jernih. dah mcm coklat2. tak sure da bercampur darah ke apa. husband cepat2 pegi bayar parking ticket. pastu tu ada guard tengok kteorang yang blur dan gelabah tu, dia pun gelabah sama tengok ada air macam campur darah meleleh2, kawan dia datang tolong amik kunci kereta from husband, bawak mai kereta betul2 depan lobby tu. air memang banyak turun tak henti ya. nasib baik ada alas dalam kereta. alas tu actually baby changing mat baru beli. kebetulan sangat benda tu yang ada dalam kereta. boleh la buat alas, kalau tak habis la seat. so, korang kalau dah nak dekat due nanti, disamping siapkan beg hospital dalam kereta, jangan lupa standby alas jugak ya. letak la standby kotak ke apa ke yang korang rasa berguna boleh menampus air yang tak henti tuss tussss tu, kain tak digalakkan sbb mmg akan lencun.

bila fikir balik nasib baik lah dah siap2 solat isyak sebelum sambung makan tu. dan nasib baik jugak tak gigih sangat pegi sampai ke cyberjaya tu. memang baby nak keluar malam tu rupanya. rezeki kteorang lah, Traders Hotel dgn KPJ Tawakkal tak jauh pun. dalam 10-15minit sampai dah. hehehe.

No comments:

Post a Comment