Friday, May 10, 2013

MALAYSIAN TSUNAMI!!

kawan baik abah saya juga seorang cina. saya tidak nafikan dia seorang yang baik, banyak gurauan nya terselit ilmu utk di fikirkan dan jadi pengajaran.

pernah dia ceritakan kepada saya tentang kehidupan orang cina sewaktu kami berkunjung ke kawasan perumahan orang melayu yang agak susah. katanya, kaum bukan bumiputera tak dapat kelebihan macam orang melayu, sebab itu mereka perlu bekerja keras. bermula dari pembentukan keluarga, dia bertanya pada saya pernah kah saya terfikir kenapa kebanyakan keluarga orang cina punya anak yang tidak terlalu ramai. bukan lah mereka tak mahu, tapi mereka sedar kemampuan, mereka tak mahu sekadar punyai keluarga yang besar tapi tak mampu memberikan yg selayaknya dan secukupnya pada keluarga. pada mereka, aspek keperluan asas ahli keluarga seperti tempat tinggal, perlindungan, makanan, pakaian, dan pendidikan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa utk anak-anak. sekiranya tak mampu memberikan ini semua secukupnya, mereka adalah ibu bapa yang gagal. mereka sentiasa sedar bahawa mereka tidak punya kelebihan seperti kita melayu. bunyi nya seperti mereka di anak tiri kan di negara kelahiran sendiri. tapi mereka tidak menyalahkan kita, kerana mereka sedar dan mereka bangkit berusaha keras untuk mencukupkan keperluan dalam keadaan itu.

dia juga lah yang banyak tolong mak dan abah saya dalam banyak perkara, sering juga dia berkunjung ke rumah kami, kadang kala bersendiri, kadang kala bersama isteri. jarang sekali dia datang dengan tangan kosong, walaupun tidak kami minta, tapi padanya itu adap berkunjung. kadang kala ada juga nasihat yg diberinya tentang apa yg di rasakan nya tidak patut atau perlu diperbaiki, seperti adab, keluarga, pemakanan yg berkhasiat, cara hidup dan macam-macam. dan dia menghormati pegangan kita pada perkara yang haram dan halal, serta waktu-waktu solat.

pertama kali saya membantu dia menguruskan tapak pameran perniagaan nya, saya rasa kan ilmu saya kosong tentang itu. saya tak tahu apa-apa, dan tak tahu dari mana harus saya mula kan. tapi dia tidak pernah pandang sinis atau memerli saya. malah, dia banyak beri dorongan sebagai permulaan saya belajar dalam bidang baru. dan walaupun saya rasa saya tidak menyumbang banyak, dia tetap memuji dan memberikan hadiah, walaupun saya rasakan ianya tidak perlu tapi saya kira itu adalah sebagai cara dia supaya saya rasa dihargai dan memotivasikan penglibatan pertama saya.

kadang kala saya hairan kerana dia tidak berputus asa menasihati abah yg boleh dikatakan agak keras kepala. pernah saya mencuri-curi tanya padanya ketika abah tiada bersama kami, katanya memang abah agak keras kepala, tapi abah boleh fikir apa yang di nasihatkan. walau ada kala nya abah tak setuju dengan nya, tapi sekurang-kurangnya dia telah sampaikan apa yang patut. dan percangahan pendapat itu tidak lah menimbulkan kekusutan yang menegangkan persahabatan mereka. tidak rugi memberi nasihat.

begitu juga india. saya punya kenalan dan barisan para pendidik dari pelbagai kaum. dan saya sangat menghargai mereka yang tidak berkira memberikan ilmu pada saya dan rakan-rakan melayu yang lain sedangkan kami berlainan kaum dengan mereka. tidak pernah saya rasakan mereka sengaja menjatuhkan kami, malah mereka sangat gembira bila melihat kami berjaya.

saya sentiasa percaya jika kita melayan orang dengan baik, orang lain juga akan melayan kita dengan baik. Tuhan akan mengirimkan orang yang baik untuk mendampingi orang yang baik. kesimpulannya, dalam setiap kaum juga ada golongan yang baik dan ada golongan yang jahat. jadi kita perlu bersatu untuk menentang yang jahat. selagi kita berada di bumi, kita tak mampu hidup sendiri.

mungkin ada yang akan kata saya sibuk membela bangsa lain, saya tidak kuat semangat kemelayuan. tapi pada saya tiada gunanya ada semangat kemelayuan yang tinggi bagaikan pendekar tetapi ilmu agama tidak terjaga. Islam tidak pernah mengajar kita memperlekeh dan biadap dengan orang yg berlainan bangsa bahkan agama. haruslah kita sedar bahawa bangsa itu terlahir dari keturunan yang tidak dapat diubah. yang boleh diubah adalah sikap dan akhlak. bukan kah adat melayu juga penuh susila, jadi mengapa harus biadap kalau betul sekalipun kita perjuangkan semangat melayu? tiada apa yang perlu ditakutkan atau rasa terancam. kalau kita yakin pada Tuhan yang mengurniakan rezeki melimpah ruah, tidak perlu kita menyalahkan mereka atas kekayaan mereka yang melebih kita. kalau kita yakin pada kebolehan kita, kita juga boleh berusaha dan jadi maju seperti mereka.

fikirlah wahai BANGSA MALAYSIA! bukalah hati, lapanglah dada. kita tidak mahu bangsa Malaysia yang terus mati, tapi yang membangun bersama. bersatu hati menentang kejahatan dari segala penjuru dan terus berdaya maju. bersaing lah secara sihat, bukan menuding jari bila kita layu.


unite fellow Malaysians!
haja - 哈佳 - ஹஜ்

mak, aunty, uncle yong, abah, uncle priasamy

the beauty of Malaysians

2 comments: