Sunday, December 16, 2012

Batu Maloi Caving Expedition

Assalamualaikum, hai :)

yeay, da habis exam yeay!! so kita celebrate di Gua Batu Maloi. hahaha.. lepas gian selepas 6 tahun. first time aku datang masa aku form 5 dulu sebelum spm, pegi dgn cekgu. skang dah habis diploma, dah habis degree, dah habis exam acca, kini......
"MALOI, AKU DATANG!!"
ceeewaaahhhh~ hahaha puiii sgt

ok, how should i start this? im so excited! fuhh.. one word to describe  this place - AWESOME! seriously. kalau tak takkan aku nak dtg lagi kan. hehee.. ok, we start from here. 


shah alam. 6.00am, 15dec2012 - pick up kawan2 yg masih di s.alam, gerak ke tampin. singgah sekejap kt r&r seremban to have some heavy breakfast. jumpa dgn 1 geng lagi kt sana. they are having their breakfast too. then after breakfast we proceed the journey until exit tol simpang ampat alor gajah. 830am, uncle nazri, the guider waited there to pick us up.

uncle nazri pick up kami di tol simpang ampat alor gajah
lepas dah berkumpul semua kt situ, uncle nazri lead the way to our destination, Gua Batu Maloi. around 9am kteorg dah smpai kt situ. uncle nazri bg short briefing. cite sejarah skit sblum kteorg mulakan caving expedition. katanya tempat ni asalnya adalah gabungan daripada gua batu dan sebuah batu besar yg di namakan sbg batu maloi. gua batu tu bukan gua batu biasa. dia mcm timbunan bongkah batu besar2. air dari gunung dato, gunung tampin, gunung apa tah lagi area situ, akan merge dan mengalir dalam gua batu maloi ni, celah2 timbunan batu besar tu. so kita akan berjalan masuk, menyelit, menyelam, di celah batu2 dan air tu. the water is not just cold, its chill!

sesampainya kami di perkarangan tanah lapang depan gua batu maloi
short briefing by uncle nazri
barisan juru pandu yg byk berkorban. haha
haaaa, mmg guna segala kaki tangan ketahanan fizikal mental semua. mmg basah lencun la. haru jgk la bila tiba2 ada member yg tercabut tapak kasut nye. mula2 kiteorg cuba la sedaya upaya, ikat kasut dan tapak tu dgn tali kasut, bertahan sekejap dan tercabut balik. kteorg balut 'mulut' kasut tu dgn glove, bertahan sekejap dan tercabut balik, betapa lah kuatnya arus air dlm tu. akhirnya dah mmg tak dpt selamat dah, wasalam je la kasut tu. hehehe.. nasib baik ada jurupandu yg baik hati korbankn kasut nya utk member tu. walaupun kasut tu agak besar, layan je la drpd takde lngsung kan. so jurupandu tu lah yg berkaki ayam. tapi takpe, dorng expert, steady! hehe.. ada jgk yg duk sarung kan stokin kat 'mulut' kasut. takut trcabut punya pasal. kasut pakai stokin. mcm2 fesyen kasut kt situ. hahaha. 

tempat ni nama nya 'grand hall inside the cave'!
landing sikitt..
dlm gua ni, ada 24 checkpoints. smpai hujung checkpoint ke 24, kita akan jumpa air terjun. air terjun tu mcm meraikan kejayaan kteorg la. so boleh enjoyyy~ mmg best. duduk bawah curahan air terjun yg punye deras tu mmg sedap la. mcm kene urut belakang badan yg dah sengal2 dek ekspedisi tu. mmg terbaik, kalah kerusi urut ogawa. hehe.. tapi insiden blum habis tau, smpai kt air terjun ada pulak yg jatuh cermin mata, kene pulak la mnyelam dlm air utk cari balik, nasib baik belum dibawa arus. dapat selamat, alhamdulillah.. 

end of the 24th checkpoint. terbaekk punyee! :D
kepenatan, keletihan, tersadai dan hanyut. wohohoo :p
habis main air kt situ, kteorg turun lalu jungle track pulak. sebelum smpai bawah, kteorg jumpa sebuah batu besar. batu tu la yg di namakan batu maloi. ada mitos disebalik cerita batu maloi ni. mitos disebalik nama maloi tu sendiri. 

jalan pulang melalui jungle track
batu maloi
tarzan batu maloi :p
mcm biasa, keluar masuk hutan tak heran la kalau kene gigit pacat kan. uncle nazri ajar kn satu ilmu yg agak berguna. cara utk hentikan darah kesan gigitan pacat tu. petua nya guna daun hutan jugak. ada yg panggil daun jepun, ada yg panggil daun kapal terbang. uncle nazri kata, daun ni berguna utk bantu hentikan darah drpd luka2 kecil, bukan stakat utk kesan pacat je. insyaAllah dlm masa beberapa minit, darah akan berhenti. 

daun pokok kapal terbang @ pokok jepun
habis turun tu, uncle nazri dah sediakan lunch utk kteorg. haaa yg ni gamba tak sempat snap sbb semua dah kelaparan tahap giga, baca doa, belasah terus smpai kenyang. hehehe.. lepas makan baru pakat tukar baju yg basah. dah agak bersih semua, kteorg minta uncle nazri tunjukkn jalan ke masjid utk solat. around 4pm, kteorg dah ready nk gerak balik kl.
selepas solat
di perkarangan masjid
 Alhamdulillah, everything went smoothly. walaupun mula nya ada yg pegi dlm keadaan paksa rela, but at the end semua puas hati, semua seronok, mmg berbaloi. anyway, ekspedisi ni bukan semata2 suka2 je ye. ada bnda yg boleh kita belajar dari sini. semua peserta, lain2 background melalui cabaran rintangan yg sama sepanjang ekspedisi ni. tapi ada org melaluinya dgn mudah, ada yg lalu dgn susah payah. walaupun cabaran nya sama. mcm jugak kita belajar or bekerja. ada org kita nampak dia relax je, blaja sikit pastu main, tido. tapi result gempak je. ada org study macam dah nk gila tapi result biasa2 je. ada org lalu cabaran yg sama dgn cara yg berlainan. ada yg perlu usaha yg banyak, ada yg perlu usaha yg sikit. tapi mcmana pun, kita menuju penghujung yg sama. semua org nak berjaya. kalau kita tak mampu, kita usaha lebih, akhirnya kita akan berjaya sama mcm org yg usaha sikit. org yg usaha sikit pulak jgn sombong jgn riak, tunggu dan tolong org yg lemah. sbb kita tak selalu ada kt atas. ada part, ada masa nya org tu pun ada kelemahan kt tempat lain. so jgn berhenti berharap. Allah kan Maha Adil :)
"dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)"                                      [Surah Al-Mu'minum, ayat 62]
experience ni susah nk cerita dgn kata2. dia kene pegi dan rasa sendiri, baru tau best ke tak. insyaAllah mmg best tau, seriously. kteorg nak pegi lagiiiii!!! wohoooo~ 

4 comments:

  1. MEMANG BEST pon haja
    last time kita p before spm
    jadik sila bayangkan bape lama dah xjoin
    dulu memang gila ekspedisi la camping la, haha

    ni nasib baik peknen. kalau x, memang dah lama join. tapi kalau join pon, mesti pancit kan, sbb dah lama x asah skill. asek mgadap buku je kejenya, haha

    tang balut mulut kasut dgn stokin tu mmg lawak. gelak2 kita baca. kasut pakai stokin? HAHAHA *gelak sampai jatuh kusi. Opsss maaf tuan punya kasut, tergelakkan awak pulak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. N penah pegi batu maloi jugak eh? haaaa lepas peknen jom pegi lagi. hahaha.. kte pun dulu pegi before spm. hahahaha, N kalau kte bgtau ni mcm agak jahat jgk la. kasut pakai stokin tu kasut kak hani tau. pastu masa kt air terjun, stokin dia hanyut, tasnim jumpa, dia lelong, tapi kak hani tak sedar tu stokin dia. hahahahaha

      Delete
  2. haaaaa serius hani punya? Adoiiiii tibe2 serba salah sbb gelakkan housemate sendiri. Kalau dia baca ni, matik kita. HAHA.

    jahat gak tasneem ni, ikot suka dia je nak lelong, tapi kenapa hani xperasan lagi tu stokin dia? ke dia ingat dah balut kasut, stokin dia selamat tahap 350%. HAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. 351% hahaha.. begitu lah. dia ingat stokin tu masih 'menggigit' kasut dia, padahal dah trcabut di bawa arus. dia tak sedar sbb syok sgt main air terjun. tasnim pun terkejut gak mula2, apasal ada stokin hanyut ni. keh3

      Delete