Tuesday, July 3, 2012

zaman sekolah

Assalamualaikum..
harini tetibe aku teringat pasal zaman sekolah. hehe... so harini kita akan imbas sikit sebanyak kenangan yg masih ada tentang alam persekolahan :) tapi entri ni agak panjang kerana ia merangkumi cerita selama lbh kurng 12 tahun. terasa mcm balik ke zaman muda pulak, hihi :p

Tadika Islam Setapak Jaya, KL
ni sekolah pertama dlm hidup aku, waktu tu aku baru 6 tahun, comel je lagi. ahaks! pegi tadika kejenya nk jumpa kawan n main2 je, mana nk fikir bnda berat2 pun. kalau tak silap waktu belajar pun pendek je, pegi pukul 8, then dlm pukul 10 ke 11 mcmtu da balik da. balik jln kaki je, nak kata dekat tak la dekat sgt tp time tu tak byk kes jenayah lg kot, so aku berani je balik sndiri dgn lalalalaaa~ je. hehe.. tapi satu bnda yg aku takleh lupa masa tu aku pegi tadika bawak beg warna biru, ada gambar snow white n the dwarft, ada glitters kt gambar tu. aku letak kt kerusi kayu yg versi sekolah zaman dulu, lebih kurang mcmni kot rupanya.

tetibe satu hari aku rasa pelik, aku toleh blakang ada sorng budak laki pegi korek2 glitters gambar snow white kt beg aku, aku marah btol, balik rumah nangis2 haritu sbb beg aku dah togel habis. hahaha.. lagi satu tabiat aku yg pelik masa tadika ialah tiap2 hari aku akan basuh kasut sekolah. haha gila rajin la time tu. tp sesuai la kot sbb masa zaman kanak2 main nya tak hingat dunia, kotor comot nya macam belacan. mmg elok la bersihkan kasut tetiap hari. hehe.. mentang2 pukul 11 da balik, takde keje nak buat. hari2 pergi tadika kasut mesti cantik berseri je. hihii

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai, KL
darjah 1 smpai darjah 6 aku di habis kan di sekolah ni. waktu sekolah rendah subjeknye tak byk, yg masuk upsr pun 5 je, tapi bila bwk buku mcm semua nak angkut, utk BM je segala buku teks, latihan, pemahaman, penulisan, tatabahasa semua nak bwk. sama jgk dgn english. angkut bwk semua grammar, comprehension, essay, text book.. math n science pun mcmtu la. bdn kecik je time tu tp beg mcm nak ke airport je gayanya. tu blum masuk dgn book band yg tak muat nak masuk beg lagi tu..

pagi2 nak pegi skolah slalu kelam kabut. beg sandang sebelah bahu, kaki jungkit dlm kasut, sblah tgn pegang stokin, sblah tgn lg pegag botol air, mulut pegang roti, tudung ikut dan je letak atas kepala, masuk keta baru nak siap semua, mmg haru. wuhuu.. game pulak yg paling best masa kt skolah ni ialah main rebut tiang kt porch kereta cikgu, ataupun tiang laluan ke kantin. haha mngganggu lalu lintas je brlari2 rebut tiang tu

Sekolah Rendah Agama Taman Sri Rampai, KL
Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah
petang pulak pegi sekolah agama, time usia ni dah rasa mcm busy la konon nye. pagi skolah kebangsaan, petang skolah agama, mlm tuition.. skolah agama ni bangunannye dlm masjid, tak jauh sgt pun dr rumah, so jln kaki je la. blk skolah tu pegi kelas mngaji Quran pulak, mmg busy kan aku dulu, hahaha busy la sgt :p

Tuition Rumah Cikgu Aishah
so belah mlm nye pulak pegi tuition rumah cikgu aishah. cikgu aishah merupakan antara cikgu yg bagus kt sekolah kebangsaan. rumah beliau dpn masjid yg skolah agama tadi tu je, lepas maghrib aku pegi jalan kaki sndiri, then balik dlm pukul 10 mcmtu pun jln sndiri, bwk torchligt la. tak jauh sgt tp kene gak la lalu sebidang playground, n rumah2 org. paling aku tak suke bila nak balik tu dah mlm slalu ada org mabuk lepak kt playground, dgn kaca2 botol arak brsepah. aku rela jalan jauh skit drpd lalu situ, harusla berbekalkn keberanian n smngat serta torchlight. baca ayat kursi recite sepanjang jln tu, hehe

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah, Kampong Baru, KL
SMK Puteri Wilayah
Asrama SMK Puteri Wilayah
lepas upsr, aku dpt tawaran masuk smkpw, buat aliran agama, amik subjek tambahan - bahasa arab komunikasi. so aku carry 9 subjek utk pmr.. this is a girl school so mmg best, nak mengecat, nak bertukang, nak memanjat, nak tonggang terbalik ke semua keje kteorg. masa kt skolah ni aku duduk hostel since form1, matang la sikit kononye. kt sini aku slalu bangun seawal 5 pagi sbb tanak berebut mandi dgn bdk2 lain, then lepas mandi boleh la breakfast or sahur, then pegi study sikit sblum solat subuh kt surau. everyday nak ke sekolah kteorg kene keluar dari asrama, melintas 1 skolah pendidikan khas, baru smpai skolah kteorg. time tu aku slalu mgamalkan gaya hidup sihat, cewah! on the way ke skola, smbil jln tu aku akan mkn sebijik apple or pear, huhu.. nak di jadikan cerita, ada satu hari tu, kwn2 aku ajak pegi lunch kt kantin sekolah instead of dewan makan asrama. diorang nak makan kuey teow goreng basah makcik kantin skolah, kata mereka sedap gila kt situ. aku ni tak penah try makan kuey teow waktu tu, ye.. aku mmg amat memilih makanan, byk bnda yang aku tak mkn. aku jarang nak mkn kt dewan mkn asrama especially waktu dinner, so pembekal tenaga aku waktu zaman skola tu hnyalah buah kurma, mmg byk stock, 3 bijik kurma ibarat sepinggan nasik.. so brbalik pd cerita tadi, aku pegi skolah awal sikit haritu sbb nk try mkn kuey teow for the very first time in my life. unfortunately mlm tu kene panggil dgn warden asrama sbb kesalahan mkn kt kantin sekolah. kononnye nnt kalau mkn kt kantin sekolah, siapa nak habiskan mknan kt hostel. adeh, mcm ntah ape2 ntah. ade ke??.. (-_-') tapi okay la, berbaloi sbb kuey teow makcik kantin tu mmg sedap n from that incident aku da blaja mkn kuey teow. so remarkable la jugak sejarah kuey teow dalam hidup aku, hehe. makcik kantin tu pun baik, kalau time hari aku puasa, dia msti suruh aku tnggu smpai dia nk tutup kedai sbb dia akan bg byk kuih free utk brbuka dgn kwn2 :)

lepas pmr, masuk form4, aku buat aliran Lukisan Kejuruteraan. best, mmg minat aku. tapi sayang tak lama lepas tu aku dpt tawaran masuk mrsm serting, kt negeri sembilan...

MRSM Serting, Negeri Sembilan
Fail:Pintu Depan MRSM Serting.JPG
kat mrsm takde aliran LK, so mak aku mmg gembira berbesar hati la time tu sbb mmg dr awal beliau suruh amik akaun, aku je yg taknak. mana tak nye, akaun la satu2 nye subjek yg akan buat aku tido dlm kelas masa lower form dulu. haha.. masa aku masuk mrsm, bdk2 tgh nk ada test so cikgu tak kasi aku masuk kelas akaun sbb katanya aku takde basic akaun, susah nak jwb test nnt. tapi mcmane pulak aku pun takde basic biology.. huaaaa trpaksa pulun blaja biology sndiri brsungguh2 within just 3 days sblum nk test tu. dan result nye fail dgn marks 45% kot waktu tu. tak ingt, tp sipi2 nak lulus la. n aku penah sempat kene marah dgn cikgu bio yg sgt garang dlm tempoh beberapa hari sblum ditukarkn ke kelas akaun tu. cikgu tu masuk kelas kteorg tetibe suruh lukis 4 phases of mitosis process. dia tak tnya pun siapa yg takde basic biology. then antara 4 org yg trpilih utk lukis 4 phases tu, aku adalah 'the lucky one' yg kene lukis phase-4. oh my, seriously aku tak penah blaja tp aku penah la godek2 buku bio, so aku main hentam la lukis phase-4 of mitosis tu kt whiteboard. then cikgu pegi depan, dia pangkah besar2 kt drawing aku. dgn marahnya dia kata dia tak paham ape bnda mengarut yg aku lukis. then lepas tu agaknya baru dia tringat nak tnya psl background kiteorg n only then she discovered that almost 10 people in the class takde basic biology langsung. hahaha.. bila tringat balik skang ni, aku tak rasa marah pun, aku rasa sgt kelakar sbb aku pun tak tau aku merepek lukis ape tah time tu. wahahaha! lepas abis test tu baru la aku dpt pindah ke kelas akaun n start blaja dari awal since aku pun takde basic accounting. kt mrsm serting ni best jgk la. surrounding n environment dia boleh tahan. laluan dari hostel nak ke dewan selera tu ada sebijik punching bag trgantung khas utk para pelajar yg tension melepaskan tekanan. style kan. weheheh :p
cikgu amat memahami keperluan pelajar utk melepaskn geram! hehe
cikgu akaun time ni ada sorng je, cikgu kamaruza. happened to be my mum's old friend. beliau sgt baik, sgt supportive. slalunye beliau yg akan risau lebih dari student sndiri. bila nk exam, beliau slalu pantau smbil jalan dari meja ke meja dan bagi beberapa bijik gula2 kpd setiap student dia yg tgh jwb exam tu sbg 'ubat utk mngelakkan ngantuk', hihi.. tapi beliau  kata during real spm beliau tak boleh buat mcmtu. sbb dulu dia penah buat tapi invigilator tak kasi sbb takut dkt plastik bungkusan gula2 tu ada jawapan. hahaha.. ape2 lah..

sistem outing pulak di asingkan, boys hari rabu petang, girls hari jumaat petang.. so tak yah berebut nak keluar. tapi masalah akan timbul bila time balik cuti panjang. kteorg kene jalan kaki masuk ke dlm kawasan perumahan utk mndapatkan bas dr serting ke bahau. bas nye kecik je, kteorg pnggil 'bas ting tong'. mmg serabut bila bdk2 mnyerbu masuk dgn org2 kampung lagi. tu yg masalah bila nak balik ramai2 kene berebut laki n prmpuan. kene jalan ikut gerombolan, kalau gerombolan prmpuan mndahului di hadapan selamat la. tapi bila ada segelintir boys yg tak berapa nak gentleman potong kteorg, punah la harapan. kene tnggu next trip bas tu dtg dlm lebih kurang setengah jam! haishh..

UiTM Shah Alam, Selangor
lepas beberapa minggu habis spm, aku directly dpt offer masuk uitm utk buat fast track diploma in accountancy dgn SPC daripada MARA. tapi waktu tu aku just receive offer letter from mara, offer letter from uitm tak dpt lagi. one day aku pegi pejabat mara utk settlekn contract perjanjian. aku masuk jumpa pegawai sbb ada masalah sikit dgn pesuruhjaya sumpah. masa aku masuk office pegawai mara tu, dia tnya aku dgn pelik "eh, apa awk buat kt sini? org semua dah seminggu daftar masuk tau".. hahaha, rupanya offer letter dari uitm tak sampai rumah aku sbb salah poskod. so the next day aku terus pegi daftar kt uitm, dan trlepas minggu orientasi. untung juga la.. hehehe. after finished my diploma, aku terus buat degree and after that continue with acca. smpai skang dah almost 6years aku survive kat uitm. hope lepas habis acca ni aku nak ubah cari angin baru la kalau nak buat master pulak. hihihi :)

1 comment:

  1. You are one great alumna of these learning institutions, read my lips :)

    wassalam

    siti zulaika

    ReplyDelete