simple topic mcm karangan budak darjah satu. hehehe.. biasa lah, mcm org lain, aku pun ada sebuah family yg aku kira tak brapa besar kot brbanding org lain, tapi cukup utk kami, and i do love them so much! ♥
in my family, of course ada my parents, five sisters including me, a brother-in-law, and a little cute nephew :)
✿ Encik Muslim ✿
ni abah. beliau agak pelik. haha.. kepelikan beliau adalah kerana beliau mmg sooo unpredictable. sometimes he doesnt like people making noise, doesnt like music out loud.. tapi sometimes dia jugak yg menyakat anak cucu smpai bising satu taman. haha.. imagine, kiteorg kalau naik kereta, balik kampung ke apa ke, radio tak boleh bukak, ok! alternative yg ada ialah pasang la mp3 dan earphone masing2 dan tido. hehehe.. tapi disebalik tu, kdg2 bila kiteorg keluar pegi jln2, tinggal abah sorang2 di rumah, bila kteorg pulang, rumah jadi macam panggung wayang/tmpat karaoke. sgt kuat abah pasang tv dan speaker laptop. haha.. pelik kan? jiwa dalaman yg sukar di mengertikan. one more thing, abah sgt suka nak buat semua benda sendiri. beliau sgt lah kuat agaknya. bertukang pun dia, berkebun pun dia, buat bilik tambahan pun dia, serba serbi dia lah. cuma tak masuk dapur je la. hal2 dapur order je. lain dari tu dia mmg tak suka nak panggil upah org, semua nak buat sndiri. dan hasil nye.. tak kisah la cantik ke tak, dia sorng yg puas hati pun takpe. hehehe.. minat dia yg sgt mndalam adalah trhadap pokok2 dan taman. gigih sungguh. abah selalu beli akar2 pokok or seeds from overseas via the internet. kdg2 bila dia outstation siap lah berkotak2 dia bawak balik penuh pokok2 je. dan biasa nya kebanyakan pokok yg dia beli ada yg tak tahan lama dan mati sbb tak sesuai dgn Malaysia yg beriklim panas. tapi dia tak pernah putus asa.. tetap gigih mencuba. rumah kteorg dah nmpak macam makmal penyelidikan tumbuh2an pun ada tau. hihihi
✿ Puan Aziah ✿
mak pun aku rasa sgt kuat dan gagah jgk mcm abah. mak mmg tak boleh langsung2 nak duduk diam punya. ada saje bnda yg dia nak buat. kalau anak2 balik rumah ramai2 kelentang-kelentung la dapur tu dgn pelbagai hasil yg akan mmbuat kan kteorg gemuk kerana berselera makan sampai kenyang dan tido! hahaha.. selain masak, mak pandai menjahit, walaupun takde sorng pun anak dara nya yg mewarisi bakat menjahit. huuuuu... ada masanya mak pun join abah berkebun tapi versi lain. abah dgn pokok2 bunga nya. mak pulak suka pokok yg mndatangkan hasil tani seperti ulam2an dan buah2an.. mak ada je macam2 kerja dia nak buat. kdg2 aku rasa mcm mak aku sgt superpower tau. tak penat2. aku yg tgk pun penat. kdg2 aku wonder jugak mcmana lah aku nak jadi kuat mcm mak. tu lah, mungkin dah terlebih manja kan generasi skang ni, lembik je jadinyaa~
✿ Qhadijah ✿
this is my eldest sister. sudah berkahwin dgn Encik Mohd Akram dan ada seorang anak yg comel, Muhammad Rayyan Qalif. rayyan akan dpt sorng adik lagi, hujung tahun ni, insyaAllah.. :) kakak aku yg ni minat nya pada masakan, especially cakes and pastries. she loves baking so much. blueberry cheesecake lah, pavlova lah, carrot cake, choc moist, muffin, crab salted egg, lasagne, mcm2 lah. dan isian nya pada perut kami. waduh..waduh.. mmg senang perut, senang hati. bukti nya tgk saje la abg ipar aku, masa belajar kurus je sekeping, dah kawin nampak bahagia. hehehe.. and the cute little rayyan sgt bijak, selalu cherish our family. semua org sayang dia. maklumlah cucu sulung utk both family. manja pun lebih sikit la. rayyan sgt suka pada vehicles and transportation. segala benda yg beroda, especially yg big size mcm lorry, truck, aeroplane. cerita cars disney pixar tu dah 68 kali kot dia ulang tengok, tak penah nak jemu. tiap kali tgk pun muka excited teruja macam 1st time tgk. hahaha.. cubit karang budak tembam sorng neh!
✿ Nuzul Zaheedah ✿
kakak kedua aku. minat dia pada hartanah, investment dan seumpamanya. pantang ada peluang nak saje dia invest. berbeza dgn qhadijah, kakak yg sorng ni paling tak suka masuk dapur. dia ni sgt suka berangan mcm diva dan dia suka tgk 'keeping up with the kardashians!'.. aku slalu kacau dia bila dia nak tgk kardashians sbb aku tak minat dan agak mnyampah dgn cite tu, nampak fake sangat. hehehe.. dia ni mcm anorexia sikit sbb dia sgt pemalas nak makan, katanya penat nak mengunyah makanan. dulu masa kecik aku dah suruh mak jahitkan zip kat perut dia, senang sikit nak sumbat makanan dlm perut. hahaha.. tapi sensitip lebih, pasal makanan pun boleh nak merajuk tau. hihii.. degil sikit dia ni, makan pun tanak, tu yg kejap2 sakit, kejap2 masuk hospital. nasib baik company tanggung bil. ahaha..
✿ Siti Hajar ✿
aku pulak anak yg ketiga. masa kecik aku sgt rapat dgn abah, tapi bila dah besar tetibe jadi rapat dgn mak. nape ntah, heheee.. kesian abah dah takde geng. minat aku mcm biasa lah. aku suka aeroplane, aku suka masak jugak tapi yg simple2 la, tak sehebat mak or kak iejah. sekadar nak kenyang je. lagi satu minat aku ialah pada buku2 cerita. my favourite authors adalah ustaz hasrizal abdul jamil dan hlovate. deeply in love dgn karya2 mereka.. byk menjadi sumber inspirasi dan membuka mata aku pada erti kehidupan.
✿ Nur Mardhiah ✿
so skarang aku hanya ada sorng adik ni je la yg tinggal. manja benor dia ni haaa..! since form1 duduk hostel, tapi every week mak nak kene dtg visit dia + harus mmbawa makanan2 yg di 'order'. haishhh.. mentang2 hostel dia kt kampung pandan, kl je. kalau takde org visit, sememeh la dia terlepek kat hostel tu. berkali2 call mak nnt tnya "betul ke mak tak boleh dtg weekend ni? betul ke?? alaaaa.." dia ni sama la sensitip nye macam kakak yg nombor 2 tu. pasal makan pun boleh menangis tau kalau lapar. hape laaa.. tapi one thing yg bagus nya pada dia ni ialah, kalau dia marah or merajuk tak lama pun.. beberapa jam lepas tu dia ok balik. hahaha.. tapi bagus la kan, nak gaduh apa la sangat pun sesama adik beradik je. kalau gaduh, dgn siapa lagi nak kawan kan? hihihi ;)