"katanya awak orang KL, memilih sikit"
bukan sekali dua ayat mcm ni kita dengar, tapi banyak, terlalu biasa. dalam pelbagai situasi. mungkin kerana kita tak ada cctv untuk melihat setiap kejadian, untuk menganalisis segala faktor. tapi kita perlu tahu, Allah sentiasa punya cctv terhebat yang tak pernah rosak. bukan setakat yang dilihat mata kasar, malah yang mini minor tersorok terlintas di hati pun tak pernah terlepas dari pandangan Nya yang Maha Melihat.
terkadang aku terfikir betapa mudahnya orang mengklasifikasi dan menghukum. seolah hidup seperti robot, diciptakan dengan satu fungsi yang pasti tanpa pilihan, bila rosak tak mampu dibaiki dibuang saja seolah tak ada nilai. robot itu ciptaan manusia, ada banyak kelemahan, kerana manusia itu sendiri sifatnya lemah. tapi bukan pada ciptaan Tuhan, kerana Allah itu sendiri sifatnya sempurna.
jangan terlalu mudah menghukum, kerana kita perlu ingat Allah sentiasa menyediakan peluang dan pilihan untuk manusia. peluang dan pilihan untuk mencorakkan jalan hidup, untuk berubah menjadi yang lebih baik. siapa kita untuk menilai manusia sedang kan kita sendiri masih dalam penilaian Tuhan?
No comments:
Post a Comment