Monday, July 2, 2012

the brand new MAS boeing A380

Assalamualaikum..
smpena birthday aku semalam, 1st July 2012, MAS telah melancarkan penerbangan pertama boeing A380. cecewah, perasan pulak. takde maknanye MAS buat 1st flight tu demi aku. T_T  huhu.. the world's largest passenger plane has landed at London-Heathrow Airport! Kudos to Captain Norshid and all crew on board :)

1st July, the time has come

final preparations. all the best Mr. Pilot. take the baby high :) 
(smart jgk keje pilot ni, ehek)

safely landed at London-Heathrow Airport! 

i just cant resist to say A380 is such a very beautiful aircraft. oh i wish i could have one. siapa baik hati nak bagi sebijik? hehehe.. aku dah lama teringin nak ada sebijik bantal bentuk boeing. tapi takde org nak jual. puas cari merata2. custom made pun tak tau org snggup buat ke tak. nak cari replika mainan pun belum ada yg respon nak jual A380.
haaa.. ni la yg aku idam2 kan. aku nak replica MAS boeing A380 yg kiri tu..

aku sbnarnya bukan lah pandai dlm hal ehwal aeroplane ni tp aku sgt lah minat dan brsemangat tentang aircraft. sejak kecik, abah slalu buat bed time story utk aku but he never tells story about fairy tales, cinderella, snow white, rapunzel whatsoever. walaupun those kinds of princess are of my interest, especially rapunzel and giselle. sgt suka tahap nak jahit baju mcm dorng tp tak mampuu.. tak mahir menjahit.. tu pun dah lama aku idam kan, tapi kite cerita lain kali lah. harini nak cerita pasal boeing je dulu. haaaa, my dad dulu mmg suka buat bed time story. ermm, actually bukan dia suka sgt pun tp sebab dipaksa oleh anak dia sorng ni, kalau tak tanak tido. haha.. pity him. besides aviation, abah slalu jugak cerita pasal tumbuhan herba, khasiat ulam2an.. tapi tu mmg bukan my interest la. tak amik pusing sgt.. slalunye bedtime story on aviation akan berkisar tentang the structure, engines, maintenance, and design. just imagine, my age was around 5-8 years old but my dad dah buat bedtime story mcm berat punya topic, adehh. but i do love it! ♥

oh ok, enough cerita pasal bedtime story, going back to main topic - the new MAS boeing A380. haritu masa MAS publish pasal A380 ni, aku sgt excited kerana ia sgt cantek menarik tertarik. seriously cantek. mari lah membuat tinjauan trhadap the new MAS boeing A380 - the pride of the nation, carrying hopes of all Malaysian!
the big flight arrival - 30 May 2012

 
the interior, newest edition of the fleet - purple seats i like!

enjoying the bird eye view of A380

 
she so cute, flying high baby! 

satu lagi kegemaran aku trhadap aircraft ni, aku mmg tak penah bosan mengadap AirCrash Investigation on National Geographic Channel. so many things i can learn by watching the programme. seolah2 aku dpt godek2 sgala isi airplane tu, korek sana sini n try to re-assemble it. working out to get some hints. sedikit sbnyak aku dpt tau mcm2, aircraft tu punya operation, the fuels, engines, aileron, FDR, fuselage, black box, many things.
actually dulu aku mmg pnah brniat nak send resume to MAS walaupun ramai discourage sbb masalah dan krisis yg melanda MAS currently, but then aku tak kisah pun semua tu, yg penting target aku within short period of time aku boleh kaut ilmu tentang aviation. however, last minute i decided to cancel it due to some reasons. aku nak focus betul2 utk finish my acca on a full time basis. huuu, maybe one day bila aku dah betul2 bersedia, baru aku apply n i will try my very best to be committed to develop my career, insyaAllah

Sunday, May 6, 2012

judgmental

"katanya awak orang KL, memilih sikit"
 
tersentap hati aku dengar ayat tu. adakah beza perwatakan di tentukan oleh tempat kelahiran, tempat seseorang itu di besarkan? adakah seseorang itu tidak dikurniakan akal untuk berfikir tentang baik buruk sehingga terkesan dengan persekitaran dan menjadi acuan gaya hidup?

bukan sekali dua ayat mcm ni kita dengar, tapi banyak, terlalu biasa. dalam pelbagai situasi. mungkin kerana kita tak ada cctv untuk melihat setiap kejadian, untuk menganalisis segala faktor. tapi kita perlu tahu, Allah sentiasa punya cctv terhebat yang tak pernah rosak. bukan setakat yang dilihat mata kasar, malah yang mini minor tersorok terlintas di hati pun tak pernah terlepas dari pandangan Nya yang Maha Melihat.

terkadang aku terfikir betapa mudahnya orang mengklasifikasi dan menghukum. seolah hidup seperti robot, diciptakan dengan satu fungsi yang pasti tanpa pilihan, bila rosak tak mampu dibaiki dibuang saja seolah tak ada nilai. robot itu ciptaan manusia, ada banyak kelemahan, kerana manusia itu sendiri sifatnya lemah. tapi bukan pada ciptaan Tuhan, kerana Allah itu sendiri sifatnya sempurna.

jangan terlalu mudah menghukum, kerana kita perlu ingat Allah sentiasa menyediakan peluang dan pilihan untuk manusia. peluang dan pilihan untuk mencorakkan jalan hidup, untuk berubah menjadi yang lebih baik. siapa kita untuk menilai manusia sedang kan kita sendiri masih dalam penilaian Tuhan?



Thursday, August 4, 2011

menelusuri terowong hijrah

okay hari ni bergosip sket. MasyaAllah!.. huhu.. hari ni terbaca beberapa topic dlm paper psl artis2 negara kita yg dah mula berubah, berhijrah ke cara hidup yg lebih baik. AL-MAWLID & IRMA HASMIE IBRAHIM.

AL-MAWLID

IRMA HASMIE IBRAHIM


beberapa lagi artis yg jgk dah berubah beberapa lama dulu.. macam WARDINA SAFIYYAH, AZMIL MUSTAPHA n beberapa lagi.
LOVELY BIG FAMILY OF KAK DINA :)
AZMIL MUSTAPHA

kdg2 perubahan org yg baru berhijrah ni lebih baik berbanding org biasa yg masih di takuk lama. too complacent without thinking of making a better improvement. pastinya kita tak pernah sempurna dan harus terus belajar.

Alhamdulillah, sungguh Allah Maha Kaya Maha Pengasih. di beri petunjuk di sulurkan hidayah buat hamba Nya yg berusaha, mencari dan terus belajar.. tiada apa yg mustahil dengan izin Nya. smoga semuanya berkekalan dalam istiqamah sekeping hati mencari kebenaran. smoga lebih ramai yg mengikut jejak n kita sama2 berhijrah demi Allah. berusaha utk memperbaiki dan terus memperbaiki. insyaAllah~

Wednesday, August 3, 2011

hadiah Ramadhan

few things that arise today that make me want to share something here..

ptg td mse brsiap nk ke masjid, sorng kawan bertanya.. "pernah tak rs ada somethng yg buat kita jd sgt down dan sgt susah utk bangkit?" of courseeee! slalu sgt rasa. the thing is dlm hidup mmg kita tak kan lepas dari buat silap. dan dgn rs kehambaan pada Tuhan, aku akui walau byk mana berdoa utk keampunan, aku masih rs hina atas silap aku sndiri. walau Tuhan Maha Pengampun, Maha Penyayang.. siapa lah aku. tak layak aku utk syurga Ilahi, tp tak snggup jgk aku nk mmbayangkan azab siksa neraka. azab kubur atas dunia pun dah cukup menakutkan. kalau boleh mmg aku nk sgt di beri peluang di lahirkan semula, nk rs hidup yg sempurna. tp itu tak mungkin. sbb hidup hanya sekali. kesyukuran pada sebuah kesedaran utk kembali ke jalan yg benar. Alhamdulillah.. yg penting, utk setiap kejatuhan tu harus kita bangkit walau seperit mana pun proses nya. tak kan dah jatuh nk biar jatuh lagi kn. seolah2 sudah jatuh di timpa tangga, dilenyek bulldozer, bertambah2 sakit derita nya. maka kita sndiri harus kuat utk melawan, berjihad demi kebaikan :)


maghrib: Alhamdulillah.. selesai puasa hari ke3 dlm bulan Ramadhan tahun ni. brbuka di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. hmmm.. tak tahu kenapa menitis air mata lepas solat maghrib. satu perasaan yg susah nk di gambarkan. teringt segala memori kt situ. sebuah masjid yg myaksikan tumpah air mata aku sejak lama dulu. tika jiwa kelam dlm dosa dunia, fikiran berkecamuk, hati yg kosong, di tanah itu tumpah nya titisan air mata. di rumah Allah itu. suatu roh yg mnyambut sorng insan yg hina ni utk kmbali ke pngkal jalan. utk berubah ke arah kebaikan. sumpah mmg sgt berat, but that is the price i should pay for taking life for granted, for all the wrongdoings that have been done.

Ramadhan kali ni sgt bermakna walau baru hari ke3. terasa rugi sgt mensiakan selama ni. tak kutip bonus Ramadhan sebaik mungkin before this. sgt jauh beza nya dgn Ramadhan tahun lepas. Ramadhan tahun ni di hadiahkan dgn sebuah perubahan, sebuah perkenalan, sebuah persahabatan, sebuah keluarga usrah. Alhamdulillah.. indah kan rahsia Allah. aku mungkin rasa beruntung sbb di beri peluang utk terus smbung blaja lagi.. aku mungkin gembira saat aku dpt offer tu. tp aku tak pernah trfikir apa yg akan aku peroleh selain dr belajar di kelas. tak trcapai dek akal tntng hadiah persahabatan ni dalam academic session kali ni. syukur aku dipertemukan dengan jalan ni. sungguh Allah Maha Mendengar doa hambaNya dan Alhamdulillah akhirnya di izinkan.

hidup kan perlu saling mmbantu. Dia takkan biarkan hambaNya bersendirian. once kita brusaha nk brubah, Allah akan bantu, insyaAllah.. di kirim kn teman2, org di sekeliling yg baik2 belaka utk bantu kita, utk ubah environment kita. itu pertolongan Allah melalui hamba2 Nya. seriously susah kalau nk bangkit sorng diri, susah kalau nk brubah sorng diri, tnpa bantuan. tidak mustahil, tapi susah. sungguh rahsia Allah tu sgt byk, trlalu dalam, trlalu sukar utk di teka. hanya Dia yg Maha Mengetahui.

andai ini Ramadhan terakhir utk aku, andai nyawa aku di tarik saat ini, cukup ke amal yg bakal di bawa sbg bekalan? andai nyawa aku berakhir di sini, layak ke aku nk mencium bau syurga kelak? agak2 layak tak nk rasa jmpe Lailatul Qadar ye? Ya Allah, bantulah aku, hamba Mu yg kerdil hina...

Monday, January 31, 2011

tiada manusia yg sempurna

"buah yg rosak, tak semestinye akar dia pun rosak, akar nye masih elok, dan masih boleh menghasilkan buah2 yg baik.
sama jugak mcm manusia, wlaupun dia jahat, hatinye tetap boleh di pelihara. sbb semuanya bermula drpd hati. hati ni adalah raja kpd tubuh, dan menguasai akal fikiran.."


tiada manusia yg sempurna - satu ungkapan 'cliche' yg biasa kita dengar..
ya..setiap org pasti melalui waktu susah dan senang nya..yg pastinya Allah menganugerahkan kita kekuatan utk menempuh segala ujian, dugaan dan cabaran tu. Allah tak pernah kejam. walau kite kdg kala melupakan, jauh dr Nya, tp Allah tetap sentiasa berada di sisi hambaNya. selagi dunia belum kiamat, selagi itu pintu taubat masih terbuka luas utk setiap hamba Allah yg sememangnya pasti pernah melakukan dosa. tak perlu kite pertikai kan "apelah dosa aku sehingga di uji sebegini?" mmg pasti manusia ade buat kesilapan. dan org yg paling beruntung adalah org yg sedar akan kesilapan nya dan bertaubat sebelum terlambat. sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

bersyukur dgn setiap ujian kerana di situ lah tanda Allah masih ingt pd kita, masih syg kn kita, masih mahu kite kembali pd Nya. bersyukur krana sebelum ajal menjemput dlm hidup yg singkat ni, kita pernah merasa keadilan Tuhan, kita merasa dekat padaNya, kita pernah terima kesedaran utk bertaubat, Alhamdulillah. dan bile bertemu jln buntu, balik la kepada Allah, pd panduan dan ajaran Islam..di situ petunjuk kita. usah ragu dgn takdir..


pengalaman sndri.. aku juga pernah melalui masa2 sukar, masa2 gelap. dan begitu sgt susah utk bangkit sndri dr kekalahan tu. bangkit mninggalkan satu keburukan utk ke arah kebaikan. mmg sgt susa. org lain tak kn mampu merasainye melainkn dia sndri berada n berhadapan dgn situasi tu. nak tak nak, khidupan kena di teruskan dan semestinya hari esok lebih baik dr hari ni :) aku bersyukur kerana proses kebangkitan tu aku lalui sorng diri. mmg susa, tp itu lebih baik drpd ada org lain yg cuba menjatuhkan aku. smangat aku belum cukup kuat waktu tu, so lbh baik bg aku bina kekuatan sndri utk cari blk diri aku. dan semestinya Allah tak pernah meninggalkan aku sorng diri. itu kekuatan utk aku terus kuat.

dan setelah beberapa tahun berlalu.. aku nmpk hikmahnya.. seorg yg juga senasib leih kurang macam aku, akhirnya sekarang dah jugak berubah ke arah yg lbh baik n i'm too happy for her! aku pun tak tau mcmane dia mngharungi kejatuhan tu utk bangkit blk tp aku percaya, sungguh ia sgt susah!. kite sama2 jatuh, sama2 temui jln, sama2 berjuang utk berhijrah. walau aku pergi dulu dan aku tak toleh kebelakang semula, Alhamdulillah aku jumpe dia dlm keadaan yg lbh baik. we are strong, dear! Alhamdulillah :)


walau jahat mana seseorg tu, selagi pintu taubat masih terbuka, selagi itu ada jln utk berubah. biar sejarah silap kite tak di terima org, asalkan taubat kite di terima Tuhan. Allah yg Maha Mengetahui setiap sesuatu, setiap yg berbisik dlm hati hamba2Nya. biar seburuk mana kesilapan yg pernah dilakukan, hati masih dpt dipelihara, di sinari nur hidayah dr Ilahi. sekali bertaubat, kita umpama bayi yg baru di lahirkan. suci dr noda dan dosa.. Allah yg menilai.tu kekuatan org Islam. jgn berlengah utk bertaubat sbb kite tak kan pernah tau takdir esok. tak kan pernah tau panjang pendek umur kita. maka leburlah dosa dgn taubat yg tulus, insyaAllah :)

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan sekiranaya Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami termasuk dari org2 yg rugi
(Surah Al-A'raaf : 23)

dan tiada manusia yg sempurna.. belajar la sentiasa memaafkan kesilapan org lain, dan bersangka baik kerana kite sendiri pun tak la sempurna mana, kan? ;)
so,treat people the way you want to be treated~

** kalah aku dalam kesetiaan. dan aku akan terus tersenyum biar dunia ni kejam, kerana senyuman itu kubu terbaik, bukan setakat pertahanan, tp senjata psyco yg sgt power. takde dosa gaduh, dpt pahala sedekah, dpt lembutkan hati sendiri & dpt patahkan pihak lawan.senjata semulajadi anugerah Ilahi :)

Sunday, December 12, 2010

ketenangan :)

Kata org, lidah itu lebih tajam dr pisau..
biar lebih melihat baru boleh lebih bercakap..
biar bijak berkata baru org hormat..

“x semestinye mintak maaf tu maksud nye kalah... ade org mintak maaf sbb dia salah.. ade org mintak maaf sbb nk jaga hubungan ngn org.. jgn ingt org mintak maaf hnya sbb brsalah. ingt, kite kena jaga hubungan kita dgn manusia n Allah. sekali kite mengalah plak x semesti maknenye kite kalah..org mngalah dlm perang, kdg2 sbb nk susun strategi, nk tmbah kekuatan, nk tmbah tenaga.. ingt, kalau kite mntk maaf, kite x kalah... ingt, org yg bijak akan elakkan perang sbb perang takan bwk lebih bnyk kebaikan drpd keburukan..jaga hubungan dgn org ni penting.. ingt, kite takan selalu duduk atas je.pasti 1 ari nanti kite akan duduk kt bwh pulak.less word, the better..”

“biar kite pandai berbahasa.kite ikut cara org melayu..berbudi bahasa...”

like wiseman said:
"if a man lose his money, he lost nothing..
and if lose his health, he lost something..
but if he lose his integrity, he lost everything.."


"there's always going to be people that hurt you. so what you have to do is keep on trusting, and just be more careful about who you trust next time around"

"when a guy stop calling, chance are he's not worth your time & effort. move on and find someone who actually likes you and treat you with respect"
-Caitlin Owens-

"if your group of friends changes, it is not a bad thing. it lets you open up to new friends and experiences while keeping old ones"
-Amber Brockman-

"people grow and people change, and that's something you just have to accept"
-Jenny Sharaf-

giving up doesn't mean you are weak! it only means that you are strong enough to let go!!..


thanks for those advices.. really appreciate it :)

Tuesday, November 2, 2010

bekerja la seperti hidup seribu tahun lagi.. beribadah la seperti esok akan mati..

kalau bekerja, biar berpada.
kalau berkuasa, jgn berbangga.
kalau berharta, jgn menyombong.
kerana semua tu bukan milik kita,
ianya pinjaman dr yg Maha Kaya.

kalau beribadah, biar istiqamah.
kalau di timpa musibah, biar bersabar.
kalau di beri ganjaran, biar bersyukur.
kalau berbakti biar ikhlas.
kerana semua tu rahmat Tuhan.


....ermm, ntah la kdg2 naik rimas dgn kerenah manusia. ramai sgt yg seronok berada dlm 'dunia plastik' zaman ni,ohh..!.
"what? kerja terlalu byk smpai tak sempat nk solat?"
"what?! smalam berjoli smpai terlajak tido pagi??"
pehlis laa.. org beriman di mana saje tercampak pun iman dia akan tetap utuh. walau pun dlm keadaan berperang di anjurkan utk bersolat supaya di beri kekuatan dan rahmat. ini kan pula setakat kerja di ofis..tak perlu kot nk tunjuk 'terlampau rajin, terlalu busy' smpai tak sempat nk solat. agak2 la jugak bekerja tu pun. duit gaji bukan boleh tlg kite tempah bilik kt syurga nnti. kenaikan pangkat bukan boleh menaikan martabat darjat iman kita. bekerja keras takut bos marah. bos tu Tuhan ker? tinggal solat Allah marah tak takut ker?? aduhai..so simple. tak kan tak buleh fikir. kerja kan fardu kifayah.. mana yg fardhu ain perlu di buat dulu. fardhu ain harus didahulukan sebelum fardhu kifayah. kerana fardhu kifayah kadang2 sudah ada orang yang melakukannya, sehingga orang yang lain sudah tidak menanggung dosa kerana tidak melakukannya. sedangkan fardhu ain tidak dapat ditawar lagi, kerana tidak ada orang lain yang boleh menggantikan kewajiban yang telah ditetapkan atas dirinya.

bila bekerja kita mngharap kan gaji utk menambah harta, sedangkan kita tak ingat harta tu adalah milik Allah semuanya. Dia menguji kita dgn nikmat harta tp kita abaikan. kita tak bersyukur. adakah berkat harta nikmat Ilahi atas pengabaian pada perintah Nya? bekerja la seperti kita akan hidup seribu tahun lagi..beribadah la seperti esok kita akan mati. Islam ni sgt indah dan luas jika benar di hayati. bukan sekadar ibadah, kerja harian fardhu kifayah pun di titik berat kan utk kesejahteraan bersama dunia akhirat. kalau la semua org hidup pada landasan yg benar, insyaAllah kita semua hidup aman damai. kdg2 sbb nk bg alasan pada kecuaian sendiri, kita tuding jari pada kesalahan orang lain.. smpai bila kita perlu bersikap mcmtu? tak kan la kalau tak solat kita nk salah kan rakan sekerja sbb mungkin mereka tak berhenti kerja atau nak cpt pulang. ni lg satu, kalau tetibe di takdir kan kita mati waktu dlm perjalanan pulang, kan ke langsung tak dapat solat.. ajal kita tak tahu. sbb tu kita kena slalu bersedia.


cukup2 la menuding jari pada kesalahan org lain. nnt karang salah kan syaitan pulak sbb syaitan yg hasut suruh buat perkara jahat. dah terang lagi bersuluh syaitan tu bersumpah akan sesatkan setiap anak adam. yang sibuk tolong nk bg kemenangan kt syaitan2 laknatullah tu buat apa, saja nk teman syaitan dlm neraka nnt ke? jgn pulak lg dahsyat kita salah kan Tuhan sbb ciptakan atau benarkan permintaan syaitan.. Astagfirullahhalazim... byk2 kan la bertaubat. fikir balik kenapa Allah ciptakan kita otak dan Allah kurniakan kita iman dan nikmat Islam.. renungkan la. sedangkan Allah berfirman "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadah kepada Aku".

ohh!...smpai bila la manusia akan sedar dan keluar dr mainan dunia plastik ni. akhir kata dariku.. ingat la sepandai2 korang melompat akhirnya masuk ke kubur juga..siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong nnt kt akhirat jawab la sendiri..