Friday, May 10, 2013

MALAYSIAN TSUNAMI!!

kawan baik abah saya juga seorang cina. saya tidak nafikan dia seorang yang baik, banyak gurauan nya terselit ilmu utk di fikirkan dan jadi pengajaran.

pernah dia ceritakan kepada saya tentang kehidupan orang cina sewaktu kami berkunjung ke kawasan perumahan orang melayu yang agak susah. katanya, kaum bukan bumiputera tak dapat kelebihan macam orang melayu, sebab itu mereka perlu bekerja keras. bermula dari pembentukan keluarga, dia bertanya pada saya pernah kah saya terfikir kenapa kebanyakan keluarga orang cina punya anak yang tidak terlalu ramai. bukan lah mereka tak mahu, tapi mereka sedar kemampuan, mereka tak mahu sekadar punyai keluarga yang besar tapi tak mampu memberikan yg selayaknya dan secukupnya pada keluarga. pada mereka, aspek keperluan asas ahli keluarga seperti tempat tinggal, perlindungan, makanan, pakaian, dan pendidikan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa utk anak-anak. sekiranya tak mampu memberikan ini semua secukupnya, mereka adalah ibu bapa yang gagal. mereka sentiasa sedar bahawa mereka tidak punya kelebihan seperti kita melayu. bunyi nya seperti mereka di anak tiri kan di negara kelahiran sendiri. tapi mereka tidak menyalahkan kita, kerana mereka sedar dan mereka bangkit berusaha keras untuk mencukupkan keperluan dalam keadaan itu.

dia juga lah yang banyak tolong mak dan abah saya dalam banyak perkara, sering juga dia berkunjung ke rumah kami, kadang kala bersendiri, kadang kala bersama isteri. jarang sekali dia datang dengan tangan kosong, walaupun tidak kami minta, tapi padanya itu adap berkunjung. kadang kala ada juga nasihat yg diberinya tentang apa yg di rasakan nya tidak patut atau perlu diperbaiki, seperti adab, keluarga, pemakanan yg berkhasiat, cara hidup dan macam-macam. dan dia menghormati pegangan kita pada perkara yang haram dan halal, serta waktu-waktu solat.

pertama kali saya membantu dia menguruskan tapak pameran perniagaan nya, saya rasa kan ilmu saya kosong tentang itu. saya tak tahu apa-apa, dan tak tahu dari mana harus saya mula kan. tapi dia tidak pernah pandang sinis atau memerli saya. malah, dia banyak beri dorongan sebagai permulaan saya belajar dalam bidang baru. dan walaupun saya rasa saya tidak menyumbang banyak, dia tetap memuji dan memberikan hadiah, walaupun saya rasakan ianya tidak perlu tapi saya kira itu adalah sebagai cara dia supaya saya rasa dihargai dan memotivasikan penglibatan pertama saya.

kadang kala saya hairan kerana dia tidak berputus asa menasihati abah yg boleh dikatakan agak keras kepala. pernah saya mencuri-curi tanya padanya ketika abah tiada bersama kami, katanya memang abah agak keras kepala, tapi abah boleh fikir apa yang di nasihatkan. walau ada kala nya abah tak setuju dengan nya, tapi sekurang-kurangnya dia telah sampaikan apa yang patut. dan percangahan pendapat itu tidak lah menimbulkan kekusutan yang menegangkan persahabatan mereka. tidak rugi memberi nasihat.

begitu juga india. saya punya kenalan dan barisan para pendidik dari pelbagai kaum. dan saya sangat menghargai mereka yang tidak berkira memberikan ilmu pada saya dan rakan-rakan melayu yang lain sedangkan kami berlainan kaum dengan mereka. tidak pernah saya rasakan mereka sengaja menjatuhkan kami, malah mereka sangat gembira bila melihat kami berjaya.

saya sentiasa percaya jika kita melayan orang dengan baik, orang lain juga akan melayan kita dengan baik. Tuhan akan mengirimkan orang yang baik untuk mendampingi orang yang baik. kesimpulannya, dalam setiap kaum juga ada golongan yang baik dan ada golongan yang jahat. jadi kita perlu bersatu untuk menentang yang jahat. selagi kita berada di bumi, kita tak mampu hidup sendiri.

mungkin ada yang akan kata saya sibuk membela bangsa lain, saya tidak kuat semangat kemelayuan. tapi pada saya tiada gunanya ada semangat kemelayuan yang tinggi bagaikan pendekar tetapi ilmu agama tidak terjaga. Islam tidak pernah mengajar kita memperlekeh dan biadap dengan orang yg berlainan bangsa bahkan agama. haruslah kita sedar bahawa bangsa itu terlahir dari keturunan yang tidak dapat diubah. yang boleh diubah adalah sikap dan akhlak. bukan kah adat melayu juga penuh susila, jadi mengapa harus biadap kalau betul sekalipun kita perjuangkan semangat melayu? tiada apa yang perlu ditakutkan atau rasa terancam. kalau kita yakin pada Tuhan yang mengurniakan rezeki melimpah ruah, tidak perlu kita menyalahkan mereka atas kekayaan mereka yang melebih kita. kalau kita yakin pada kebolehan kita, kita juga boleh berusaha dan jadi maju seperti mereka.

fikirlah wahai BANGSA MALAYSIA! bukalah hati, lapanglah dada. kita tidak mahu bangsa Malaysia yang terus mati, tapi yang membangun bersama. bersatu hati menentang kejahatan dari segala penjuru dan terus berdaya maju. bersaing lah secara sihat, bukan menuding jari bila kita layu.


unite fellow Malaysians!
haja - 哈佳 - ஹஜ்

mak, aunty, uncle yong, abah, uncle priasamy

the beauty of Malaysians

Wednesday, March 6, 2013

failure

"how many failure have you ever encountered in your life so far?"

Fail exam
masa undergraduates macam sangat rare lah kan kalau nak fail. slalu pass dgn jaya je. tp bila dah buat acca ni, mcm semput2 pulak nak pass. haishhh laa. separuh nyawa berusaha tanak fail, tapi apakan daya. sabo je lah. mula2 first semester, amik 'Corporate Governance & Ethics' (P1) & 'Corporate Reporting - International' (P2). aku rasa P2 was like killing me softly each day! its really tough, man. menjelang nak exam, aku ditugaskan oleh puan emak utk teman kakak aku ke Bandung. sanggup aku hangkut semua nota2 aku terbang sekali ke sana. member2 kata aku 'study leave di perantauan'.. cecewahh.. study kt airport, study kt dlm aeroplane. kenangan. tapi suatu yang tak terjangka, P2 aku pass, P1 pulak yang fail tetibe. tapi waktu tu aku tak rasa frust sgt, sbb aku terlalu bersyukur dgn lulus nya P2. at least aku tak terbunuh dgn paper yg gila membunuh tu. dan aku tak perlu susah payah repeat P2. so second semester aku repeat P1, and took another 2 new subjects, 'Business Analysis' (P3) and 'Advance Audit & Assurance' (P7). sadly, waktu tu majority of students failed both paper dgn jayanya. termasuk lah aku. aku pass P1, failed P3 and P7. apo nak buek, nanes2 la jugak. sedey wuu.. bertungkus lumus blaja, stay up, berkampung kt library, tapi fail. third sem, repeat lagi P3, P7 and took new subject 'Advance Performance Management' (P5). kali ni, pass P3, alhamdulillah. but failed P5 & P7. markah sipi2 nak lulus, tapi acca mmg takde nak consider la sedekah 2,3 bijik markah nk tolong bg lulus. harapan saje la. kali ni aku dah takde nak nangis2 dah. kata org, dah lali.. standard lah buat acca, mmg fail tu jadi mcm lauk dah. but despite of all those failure, i never regard myself as a loser. i know perfectly that every disappointment and demotivation will drive us to even bigger failure. there are so many people pass the paper with 50% marks, and so many people fail the paper with 49% marks. how can you actually differentiate the winner and the loser with just 1%? i don't think it's fair enough. maybe it's just a luck. aku salute senior2 yg dah repeat the same paper almost 10 times! gila tak. tak terjangkau dek akal ku mcmana begitu tabah nya mereka. but i strongly believed, someday, somehow, everyone will achieve success in different ways, so long as they put their effort in it. insyaAllah. never lose hope, keep faith!
Article: ACCA exam retakes: you never plan to fail an exam but what if it actually happens

Fail interview
ini lagi satu mcm 'wuwuwuuuuu T_T'. i got my very first job interview perfectly a month after my last exam paper. i really have no idea about any tips for job interview. and aku tak brapa nak ready jugak waktu tu. and yes, i failed the interview! mula2 aku rasa down jugak lah sbb rasa mcm aku telah melepaskan opportunity yg bukan senang nak dapat. tapi penasihat mohor besar aku ingatkan, itu bukan rezeki aku. dan mungkin aku akan hadapi masalah kemudian kalau pun aku berjaya dpt kerja tu, sbb Allah lebih tau apa yang sesuai utk aku. jadi, utk memperbetulkan keadaan, aku berusaha utk memperbaiki diri aku
Fail lesen memandu
hehe, kali pertama ujian memandu aku amik kt kl and aku fail kerana bukit, ceitt.. tapi satu benda yang aku belajar drpd cikgu memandu aku, katanya jpj sayangkan aku, dia taknak bagi lulus kalau aku mmg belum betul2 layak n boleh drive dgn selamat. huuuu... betul la jugak. second time aku amik kt shah alam, kali ni mmg aku practice betul2 smpai ke maghrib. sanggup bawak nota law lagi time tu sbb ada monthly test kt uitm. tapi berbaloi la. practice makes perfect, isn't it? oh wait. to be precise, practice makes permanent! yeah beware of what u are practicing. sekarang dah jadi pemandu competent yang berjaya. siap boleh makan nasik goreng sambil drive. hahaha.. perut haruslah di utamakan :p

Fail bercinta.. huhuhu
kahkahkah.. tetibe topik ni pun tanak ketinggalan. dushh! tapi topik ni takleh cite panjang2 sbb menyeksa jiwa raga dan sanubari, ecewah. dushhh skali lagi! mengada pulak kan tetibe. hahaha.. but one thing for sure, that was the best stepping stone for me. it made me become more mature. for how harsh live throw at you, you really need to be strong! Allah kan ade :)

after all, aku bersyukur dgn setiap kegagalan yang aku hadap, menjadikan aku lebih kuat setiap hari. lebih bersedia, tak perlu takut dengan risiko. risiko mmg bermain dgn probability. high risk high return, low risk low return. cuma kita kene ada plan how to handle the situation should the risk probability materialized. itu kunci kejayaan, yeah! at least dgn setiap kegagalan tu, aku akan jadi biasa dan tak perlu cepat melatah. kan? kann?? hehehe.. orang yang tak pernah hadap kegagalan, mungkin akan jadik sombong dan rasa diri nya yang terbaik. jgn mudah menganggap org yg gagal akan gagal selamanya, yg berjaya akan berjaya selamanya. dunia mungkin tak adil, tapi Allah tak pernah leka, tak pernah tak adil.


nobody likes failure, but it's really a best teacher. indeed!