Monday, January 31, 2011

tiada manusia yg sempurna

"buah yg rosak, tak semestinye akar dia pun rosak, akar nye masih elok, dan masih boleh menghasilkan buah2 yg baik.
sama jugak mcm manusia, wlaupun dia jahat, hatinye tetap boleh di pelihara. sbb semuanya bermula drpd hati. hati ni adalah raja kpd tubuh, dan menguasai akal fikiran.."


tiada manusia yg sempurna - satu ungkapan 'cliche' yg biasa kita dengar..
ya..setiap org pasti melalui waktu susah dan senang nya..yg pastinya Allah menganugerahkan kita kekuatan utk menempuh segala ujian, dugaan dan cabaran tu. Allah tak pernah kejam. walau kite kdg kala melupakan, jauh dr Nya, tp Allah tetap sentiasa berada di sisi hambaNya. selagi dunia belum kiamat, selagi itu pintu taubat masih terbuka luas utk setiap hamba Allah yg sememangnya pasti pernah melakukan dosa. tak perlu kite pertikai kan "apelah dosa aku sehingga di uji sebegini?" mmg pasti manusia ade buat kesilapan. dan org yg paling beruntung adalah org yg sedar akan kesilapan nya dan bertaubat sebelum terlambat. sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

bersyukur dgn setiap ujian kerana di situ lah tanda Allah masih ingt pd kita, masih syg kn kita, masih mahu kite kembali pd Nya. bersyukur krana sebelum ajal menjemput dlm hidup yg singkat ni, kita pernah merasa keadilan Tuhan, kita merasa dekat padaNya, kita pernah terima kesedaran utk bertaubat, Alhamdulillah. dan bile bertemu jln buntu, balik la kepada Allah, pd panduan dan ajaran Islam..di situ petunjuk kita. usah ragu dgn takdir..


pengalaman sndri.. aku juga pernah melalui masa2 sukar, masa2 gelap. dan begitu sgt susah utk bangkit sndri dr kekalahan tu. bangkit mninggalkan satu keburukan utk ke arah kebaikan. mmg sgt susa. org lain tak kn mampu merasainye melainkn dia sndri berada n berhadapan dgn situasi tu. nak tak nak, khidupan kena di teruskan dan semestinya hari esok lebih baik dr hari ni :) aku bersyukur kerana proses kebangkitan tu aku lalui sorng diri. mmg susa, tp itu lebih baik drpd ada org lain yg cuba menjatuhkan aku. smangat aku belum cukup kuat waktu tu, so lbh baik bg aku bina kekuatan sndri utk cari blk diri aku. dan semestinya Allah tak pernah meninggalkan aku sorng diri. itu kekuatan utk aku terus kuat.

dan setelah beberapa tahun berlalu.. aku nmpk hikmahnya.. seorg yg juga senasib leih kurang macam aku, akhirnya sekarang dah jugak berubah ke arah yg lbh baik n i'm too happy for her! aku pun tak tau mcmane dia mngharungi kejatuhan tu utk bangkit blk tp aku percaya, sungguh ia sgt susah!. kite sama2 jatuh, sama2 temui jln, sama2 berjuang utk berhijrah. walau aku pergi dulu dan aku tak toleh kebelakang semula, Alhamdulillah aku jumpe dia dlm keadaan yg lbh baik. we are strong, dear! Alhamdulillah :)


walau jahat mana seseorg tu, selagi pintu taubat masih terbuka, selagi itu ada jln utk berubah. biar sejarah silap kite tak di terima org, asalkan taubat kite di terima Tuhan. Allah yg Maha Mengetahui setiap sesuatu, setiap yg berbisik dlm hati hamba2Nya. biar seburuk mana kesilapan yg pernah dilakukan, hati masih dpt dipelihara, di sinari nur hidayah dr Ilahi. sekali bertaubat, kita umpama bayi yg baru di lahirkan. suci dr noda dan dosa.. Allah yg menilai.tu kekuatan org Islam. jgn berlengah utk bertaubat sbb kite tak kan pernah tau takdir esok. tak kan pernah tau panjang pendek umur kita. maka leburlah dosa dgn taubat yg tulus, insyaAllah :)

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan sekiranaya Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami termasuk dari org2 yg rugi
(Surah Al-A'raaf : 23)

dan tiada manusia yg sempurna.. belajar la sentiasa memaafkan kesilapan org lain, dan bersangka baik kerana kite sendiri pun tak la sempurna mana, kan? ;)
so,treat people the way you want to be treated~

** kalah aku dalam kesetiaan. dan aku akan terus tersenyum biar dunia ni kejam, kerana senyuman itu kubu terbaik, bukan setakat pertahanan, tp senjata psyco yg sgt power. takde dosa gaduh, dpt pahala sedekah, dpt lembutkan hati sendiri & dpt patahkan pihak lawan.senjata semulajadi anugerah Ilahi :)