Tuesday, November 2, 2010

bekerja la seperti hidup seribu tahun lagi.. beribadah la seperti esok akan mati..

kalau bekerja, biar berpada.
kalau berkuasa, jgn berbangga.
kalau berharta, jgn menyombong.
kerana semua tu bukan milik kita,
ianya pinjaman dr yg Maha Kaya.

kalau beribadah, biar istiqamah.
kalau di timpa musibah, biar bersabar.
kalau di beri ganjaran, biar bersyukur.
kalau berbakti biar ikhlas.
kerana semua tu rahmat Tuhan.


....ermm, ntah la kdg2 naik rimas dgn kerenah manusia. ramai sgt yg seronok berada dlm 'dunia plastik' zaman ni,ohh..!.
"what? kerja terlalu byk smpai tak sempat nk solat?"
"what?! smalam berjoli smpai terlajak tido pagi??"
pehlis laa.. org beriman di mana saje tercampak pun iman dia akan tetap utuh. walau pun dlm keadaan berperang di anjurkan utk bersolat supaya di beri kekuatan dan rahmat. ini kan pula setakat kerja di ofis..tak perlu kot nk tunjuk 'terlampau rajin, terlalu busy' smpai tak sempat nk solat. agak2 la jugak bekerja tu pun. duit gaji bukan boleh tlg kite tempah bilik kt syurga nnti. kenaikan pangkat bukan boleh menaikan martabat darjat iman kita. bekerja keras takut bos marah. bos tu Tuhan ker? tinggal solat Allah marah tak takut ker?? aduhai..so simple. tak kan tak buleh fikir. kerja kan fardu kifayah.. mana yg fardhu ain perlu di buat dulu. fardhu ain harus didahulukan sebelum fardhu kifayah. kerana fardhu kifayah kadang2 sudah ada orang yang melakukannya, sehingga orang yang lain sudah tidak menanggung dosa kerana tidak melakukannya. sedangkan fardhu ain tidak dapat ditawar lagi, kerana tidak ada orang lain yang boleh menggantikan kewajiban yang telah ditetapkan atas dirinya.

bila bekerja kita mngharap kan gaji utk menambah harta, sedangkan kita tak ingat harta tu adalah milik Allah semuanya. Dia menguji kita dgn nikmat harta tp kita abaikan. kita tak bersyukur. adakah berkat harta nikmat Ilahi atas pengabaian pada perintah Nya? bekerja la seperti kita akan hidup seribu tahun lagi..beribadah la seperti esok kita akan mati. Islam ni sgt indah dan luas jika benar di hayati. bukan sekadar ibadah, kerja harian fardhu kifayah pun di titik berat kan utk kesejahteraan bersama dunia akhirat. kalau la semua org hidup pada landasan yg benar, insyaAllah kita semua hidup aman damai. kdg2 sbb nk bg alasan pada kecuaian sendiri, kita tuding jari pada kesalahan orang lain.. smpai bila kita perlu bersikap mcmtu? tak kan la kalau tak solat kita nk salah kan rakan sekerja sbb mungkin mereka tak berhenti kerja atau nak cpt pulang. ni lg satu, kalau tetibe di takdir kan kita mati waktu dlm perjalanan pulang, kan ke langsung tak dapat solat.. ajal kita tak tahu. sbb tu kita kena slalu bersedia.


cukup2 la menuding jari pada kesalahan org lain. nnt karang salah kan syaitan pulak sbb syaitan yg hasut suruh buat perkara jahat. dah terang lagi bersuluh syaitan tu bersumpah akan sesatkan setiap anak adam. yang sibuk tolong nk bg kemenangan kt syaitan2 laknatullah tu buat apa, saja nk teman syaitan dlm neraka nnt ke? jgn pulak lg dahsyat kita salah kan Tuhan sbb ciptakan atau benarkan permintaan syaitan.. Astagfirullahhalazim... byk2 kan la bertaubat. fikir balik kenapa Allah ciptakan kita otak dan Allah kurniakan kita iman dan nikmat Islam.. renungkan la. sedangkan Allah berfirman "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadah kepada Aku".

ohh!...smpai bila la manusia akan sedar dan keluar dr mainan dunia plastik ni. akhir kata dariku.. ingat la sepandai2 korang melompat akhirnya masuk ke kubur juga..siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong nnt kt akhirat jawab la sendiri..

Monday, November 1, 2010

telur ayam haram?


alkisah pd suatu masa dahulu, aku telah pergi ke pasaraya bersame classmate.. konon nye nk beli barang2 nak masak utk iftar bersama ahli kelas tersayang.. dan sampai satu saat aku dan kwn2 terpisah mencari barang berasingan.. dan di takdirkan aku telah pergi ke bahagian rak yg menempatkan butir2 bakal anak ayam - telur

di saat aku membelek telur2 itu, datang seorang pakcik yg aku pun dah langsung lupa rupa wajah beliau.dgn tersenyum pakcik tu memulakan dialog ringkas...

pakcik           : telur tu tak boleh makan. tak halal
aku                : hah? (muke pelik gila)..knape pakcik?
pakcik           : telur tu takde tanda halal. amik yg ni.. ada tanda halal
                       (sambil mencapai 1 bekas telur yang bertanda 'halal')

lalu pakcik tu dgn yakin nya berlalu pergi meninggalkan aku berseorangan terpinga2 dlm situasi yang amat aneh dgn kepelikan fakta telur yang diutarakan oleh pakcik tersebut.

dan kwn aku pun dtg dan tnya..knape? aku pun citer la scara ringkas. adakah aku yg sgt bodoh smpai tak pernah tahu telur yang takde logo 'halal' adalah = haram? setahu aku ayam yang asalnya halal boleh menjadi haram tanpa melalui proses penyembelihan yg betul dengan menyebut nama Allah yg Esa dgn iman hanya kepadaNya.. tp macamane pulak dgn nasib telur ayam? mcmane buleh jatuh haram pd telur ayam? kalau masak tnpa d basuh kulit telur ayam tu terlebih dulu, mungkin la buleh d kata kn makruh sbb di khuatiri termasuk kulit telur yg bernajis dlm mkanan kite. ish..aneh2..


hmmm..kdg2 manusia mmg suka menyusahkan perkara yg mudah dan memudahkan perkara yg tak sepatutnye d permudahkan. satu lg perkara yg perlu d renungkan oleh kita dlm usia dunia akhir zaman ni.terlalu byk kekeliruan.. smpai yg terang2 salah pun boleh d permainkan..

ehhhhh!..50% halal???
halal pun boleh kire pakai percentage ek?????